Oleh : TS LOO Laporan terkini Bernama menyatakan seorang daripada dua suspek yang dipercayai melarikan pelajar Tingkatan Tiga, Nur Darleen Dazeera Azhar di Bandar Tun Hussein Onn, semalam telah pun dikenal pasti pihak polis. Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan, penganggur berusia 25 tahun itu didapati mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan tinggal berhampiran rumah mangsa. "Kita masih memburu suspek kedua yang dikatakan ada bersama suspek pertama" Tambah Asisten Komisioner Othman Nanyan, keterangan beberapa saksi lain bagi melengkapkan siasatan kes akan diambil.
Semalam, sekitar pukul 7 pagi, Nur Darleen Dazeera dilaporkan diculik dua lelaki ketika menunggu van untuk ke sekolah, . Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, itu dikatakan ditarik dua lelaki bermotosikal di hadapan rumahnya dan kejadian disaksikan pemandu van serta beberapa rakannya. Bagaimanapun, kira-kira jam 2.30 petang semalam, Nur Darleen Dazeera ditemui berjalan sendirian berhampiran rumahnya dan dihantar pulang oleh orang awam.- CARI |
13
Bagus |
7
Marah |
5
Terkejut |
15
Sedih |
7
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
penganggur berusia 25 tahun itu didapati mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan tinggal berhampiran rumah mangsa
boyagombak replied at 24-9-2016 12:37 PM
Hai asek2 semua fishy bau ikan. Tengokla pulak fakta kes, bagaimana kejadian berlaku,motif,pelaku yg ...
ADVERTISEMENT