Oleh : TS LOO Jabatan Imigresen Malaysia kebelakangan ini sering mengalami masalah, antaranya seperti sebelum ini masalah kekurangan buku pasport. Baru-baru ini pula berlaku masalah cip keselamatan pada buku pasport sehingga mengakibatkan laluan elektronik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 atau KLIA2 tidak dapat mengenalpasti maklumat penumpang pesawat. Menurut Ketua pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali, pihaknya telah mengetahui masalah tersebut sejak bulan Mei lalu, kemudahan laluan elektronik tidak dapat mengenalpasti data yang terdapat dalam cip keselamatan pada pasport baru yang dibekalkan oleh Kumpulan Datasonic.
Ini bermakna, semua pasport yang dikeluarkan pada tahun 2016 oleh Jabatan Imigresen Malaysia berkemungkinan besar juga akan mengalami masalah berkaitan. Bagaimana pun, bagi pasport yang dikeluarkan sebelum tahun 2016, tidak menghadapi masalah laluan elektronik tidak dapat mengenalpasti data. Dalam pada itu, tambahan beliau, orang ramai yang memiliki pasport baru adalah tidak perlu memperbaharuinya, mereka hanya perlu membuat pengesahan di kaunter semasa di KLIA atau KLIA2. Walau bagaimana pun, Malaysian Airports Holdings Berhad, MAHB menyeru orang ramai yang memiliki pasport baru harus membuat pengesahan di kaunter jabatan imigresen sebagai langkah keselamatan yang sewajarnya.- CARI |
15
Bagus |
13
Marah |
11
Terkejut |
7
Sedih |
9
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
tapirbiru replied at 13-9-2016 11:56 AM
nak buat pengesahan kt imigresen mcm mana pulak
tapirbiru replied at 13-9-2016 11:56 AM
nak buat pengesahan kt imigresen mcm mana pulak
RP255 replied at 13-9-2016 12:39 PM
apa komen @kemaruk
belanja juta juta
MengkuduMasam replied at 13-9-2016 12:45 PM
chip yg lama dr IRIS yg proven kat JPN imigresen mykad myKid xnak renew contract...penat laa Tun suh ...
ADVERTISEMENT