Kesesakan trafik di jalanraya merupakan masalah yang sering dihadapi oleh pemandu kereta di negara kita khususnya ketika hujan lebat atau terdapat kemalangan.
Lazimnya kena menghabiskan 2 hingga 3 jam barulah dapat terlepas daripada rantaian kesesakan yang panjang, biarpun ada kala perut lapar ataupun berkeinginan untuk buang air kecil pun tidak berkesempatan dan terpaksa menahan tanpa tak boleh nak buat apa-apa. Nurul Bariah, memuat naik satu status di laman facebooknya pada 1hb September lalu, dengan mengisahkan situasi yang dihadapinya ketiak terperangkap dalam kesesakan tersebut. Prosesnya amat menyayat hati sehingga setakat ini telah dikongsi oleh hampir 6,000 orang. Tidak kurang juga ada netizen selepas membaca status itu, rata-rata mengatakan amat terharu, dan mengatakan sebenarnya di Malaysia juga terdapat ksah dan individu yang begitu baik.
Loading FB Post... Khamis lalu pada sekitar pukul 4 petang, Nurul memandu kereta bawa ibunya dan dua orang anak perempuan iaitu Aisyah dan Khadeeja, dalam perjalanan balik ke rumah dari Setia Alam, namun terperangkap dalam kesesakan trafik yang teruk. Nurul pada asalnya beranggapan mungkin ketika itu hujan lebat menyebabkan kebanyakan pemandu kereta bergerak perlahan, tetapi keadaan trafik ketika itu bergerak perlahan sehingga langsung tidak bergerak. Setelah bertanya, barulah sedar di arah depan jalan tersebut terdapat sebuah kenderaan lori trailer terbalik, menyebabkan semua lorong kereta terpaksa ditutupkan. Memandangkan entah kena tunggu sampai bila barulah kesesakan trafik ini akan kembali lancar pergerakannya, pada ketika itulah kedua anak Nurul mula meloyan dan mengadu perut sudah lapar dan badan juga penat. Oleh kerana hari tersebut merupakan hari pertama anak sulungnya Aisyah pergi sekolah, Khadeeja yang teman ibu datang mengambil kakak yang lepas sekolah kelihatan dalam keadaan penat, Aisyah juga sama. Memang tanpa diduga, kebetulan kenderaan yang berada di depan kereta Nurul itu adalah kenderaan Roti yang berjenama 'Sweetie'. Biarpun hujan lebat, Nurul tanpa memikir panjang terus turun dari keretanya, berjalan ke sisi lori roti itu, "Encik, boleh tak saya nak beli roti daripada awak? Anak saya perut lapar." Pemandu lori roti itu hanya suruh Nurul kembali semula ke dalam keretanya, dan beritahu Nurul tunggu sekejap dan dia akan hantar sendiri roti itu kepada Nurul. Sejurus kemudian, pemandu lori roti itu memang benar bergerak ke arah Nurul dan dalam tangannya kelihatan pegang dua jenis roti yang berlainan perisa. Selepas mengambil roti itu daripada pemandu kereta roti itu, Nurul pun menyerahkan RM20 yang telah disediakan kepada pemandu itu. Tanpa disangka pemandu itu enggan mengambil duit RM20 itu dan hanya beritahu, "takpe kak, saya bagi" . Selepas cuba beberapa kali untuk berinya duit roti itu tapi tidak berjaya, maka Nurul terpaksa mengucap terima kasih pada pemandu itu, di samping hati terus rasa amat terharu dengan perbuatan pemandu kereta roti itu. Nurul menyatakan, tindakan pemandu kereta roti itu bukan sahaja membuatkan dirinya, ibunya dan dua orang anak tidak perlu lapar perut dalam kesesakan trafik yang mengambil masa 1 jam, malah sikap murni yang ditunjukkan oleh pemandu lori roti itu amat mengharukan kami. Nurul turut menyatakan plat nombor pendaftaran lori roti itu, dan memaklumkan diri akan segera menghubungi syarikat roti tersebut bagi meluahkan rasa penghargaannya dan memuji perbuatan pekerja berkenaan. Bercakap pasal tindakannya keluar dari kereta untuk membeli roti daripada pemandu itu, Nurul menjelaskan ketika itu anaknya sudah hampir 20 kali mengatakan perut lapar, jadi ketika itu pemikirannya hanya ingin memastikan anaknya kenyang perut, itu sahaja. Tanpa disangka, dengan sikap tidak cuba maka tidak ketahui hasilnya, tanpa disangka-sangkakan dia terjumpa seorang pemandu yang begitu baik hati orangnya. Nurul turut beritahu hari kesesakan itu, kebetulan juga hari jadinya, maka 1hb September untuk tahun ini bakal menjadi hari jadinya yang tidak dapat dilupakan. Sambil bergurau, dia mengatakan roti pandan kaya dan kopi yang dimakannya hari itu boleh dianggap roti yang paling sedap yang pernah dia makan.- CARI
|
21
Bagus |
13
Marah |
13
Terkejut |
21
Sedih |
34
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT