CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

LRT Bermasalah, Penumpang Terpaksa Guna UBER Yang Lebih Mahal?

7-9-2016 04:31 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7895| Komen: 32|Original author: TS LOO


sumber foto: facebook


Awal pagi tadi laman facebook Rapid KL dipenuhi kecaman dan kritikan daripada netizen yang kebanyakan merupakan pengguna pengangkutan LRT, ini berikutan beberapa stesen LRT menghadapi kelewatan perjalanan disebabkan gangguan bekalan elektrik dari Stesen Masjid Jamek ke Ampang Park semasa waktu kemuncak orang ramai pergi ke pejabat.

Walaupun perkhidmatan bas disediakan oleh Rapid KL yang ulang-alik dari Stesen Sri Rampai ke Masjid Jamek untuk kemudahan pengguna, supaya pengguna yang terjejas dapat sementara waktu tukar menggunakan pengangkutan bas untuk sampai ke destinasi yang ditujukan. 

Bagaimana pun, kemudahan tersebut tidak mampu menampung bilangan penumpang terjejas yang terlalu ramai, sehinggakan ramai antara penumpang terbabit berdepan masalah sampai ke pejabat lambat.



sumber foto: facebook

Berikut adalah beberapa komen yang dikemaskini oleh CARI Internet :


sumber foto: facebook
sumber foto: facebook
sumber foto: facebook

Sesetengah penumpang yang tidak dapat masuk ke dalam stesen LRT, dan juga gagal mendapatkan bas, rata-rata terpaksa menaiki teksi dan kereta UBER untuk pergi ke pejabat.

Tetapi disebabkan pagi tadi kawasan di sekitar Lembah Klang hujan lebat, turut menyebabkan kebanyakan jalanraya berlaku kesesakan, warga kerja lewat juga sampai ke pejabat.

Ada netizen berpendapat, teksi pun terpaksa turut beratur panjang ketika mengambil penumpang, hasil daripada permintaan lebih daripada penawaran.

Manakala, kadar bayaran kereta UBER adalah lebih mahal 2 hingga 3 kali ganda berbanding dengan waktu biasa. Seorang netizen turut beritahu, perjalanan dari Gombak ke KLCC, dia terpaksa membayar RM85 pagi tadi.


sumber foto : facebook
sumber foto : facebook

Difahamkan, jarak dari Gombak ke KLCC hanya setakat 18km sahaja, tetapi disebabkan jalanraya sesak, bayaran secara automatik akan dinaikkan daripada asalnya RM23 menjadi RM85.

Netizen menyalahkan Rapid KL, susulan perkhidmatan LRT bermasalah, kalau tidak dia tidak perlu menghabiskan wang sebanyak itu.



13

Bagus
15

Marah
19

Terkejut
26

Sedih
19

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (122 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 7-9-2016 04:48 PM
Tengah high demand cam tu pasti ramai yang cuba ambil kesempatan
Quote kentel 7-9-2016 04:49 PM
UBER time ramai orang dia pun ape lagi...surge fare la....
Quote prettyuglybabe 7-9-2016 05:11 PM
kentel replied at 7-9-2016 04:49 PM
UBER time ramai orang dia pun ape lagi...surge fare la....

surge fare tu apa?
Quote cderluck 7-9-2016 07:12 PM
terbaik uber surge..ayuh ramai2 daftar uber partner hihi
Quote Andyscenes 7-9-2016 07:28 PM
nape x nek grab car? uber mmg mahal pun arini.
Quote gigahertz 7-9-2016 09:17 PM
aku paling benci bende ada tapi tak boleh pakai atas sebab tertentu
Quote glump 7-9-2016 11:04 PM
Masa lrt dh ada masalah,kat board tu tulis normal.apa susah sgt pekerja tu nk letak gangguan teknikal.so terus boleh cr alternative d I awal pg.nie terkebil2 tunggu. Dah selalu jd,wonder rapid nie tak de SOP utk hal2 begini .mana SPAD..senyap jer ke?
Ada shuttle svs..haram tak de announced pasal tu kat station terbabit.sapalah nk follow insta rapid nie.
Naik bas pun jem,sana sini jalan repair. Belum lg makhluk istemewa yg parking kat bahu jln gara2 nk bf..
Quote kornea 7-9-2016 11:17 PM
Apo nak dikato
Quote Themilo 7-9-2016 11:21 PM
prettyuglybabe replied at 7-9-2016 09:11 AM
surge fare tu apa?

Surge fare tu macam teksi punya surcaj la.. Kalau chuols ada apps uber, cuba bukak & tengok dalam map.. Kalau ada warna merah / oren, area tu tengah ada surge.. Kalau tambang biasa, calculationnya 1.0, tapi kalau tengah surge, kadang-kadang jadi 1.1, 1.3, 3.0, 7.0 dan sebagainya.. Bergantung kepada masa, keadaan cuaca, juga faktor permintaan & penawaran..
Quote IrfanSYT 8-9-2016 12:11 AM
Pihak berwajib tersebut sepatutnya sudah merangka pelan alternatif seterusnya sebagai backup jika pelan pertama tersebut gagal. Ini situasi ad-hoc, so pihak berwajib harus mengeluarkan surat maaf secara terbuka kerana melibatkan masa dan urusan pengguna lrt
Quote BebeQ 8-9-2016 01:01 AM
Andyscenes replied at 7-9-2016 07:28 PM
nape x nek grab car? uber mmg mahal pun arini.

Garb pun sama je caj akan mahal bila keadaan kritikal macam ni.Kalau peak hour, u buka dua2 apps..harga sama or lebih kurang. kalau lebih kurang pun +-rm2 gitu.
Quote kaki_mekap 8-9-2016 07:26 AM
Smua nak amek kesempatan kan. Tp mmg annoying la smlm On the way ke ofis dgn service rapidkl ni
Quote kaki_mekap 8-9-2016 07:26 AM
Smua nak amek kesempatan kan. Tp mmg annoying la smlm On the way ke ofis dgn service rapidkl ni
Quote kentel 8-9-2016 07:39 AM

The Uber fare rates automatically increase, when the taxi demand is higher than drivers around you. The Uber prices are surging to ensure reliability and availability for those who agree to pay a bit more. You can be notified by the app when the Uber surge pricing goes down again.
Quote nut.legacy 8-9-2016 09:14 AM
lrt masih belum mampu selesaikan masalah yg sama sampai sekarang.. dah jadi perkara biasa prob time peak hours... naik harga parking nk galakkan org naik public transport.. tgk la apa dah jadi... service masih level lama lg..
Quote antidote 8-9-2016 11:08 AM
Naik Uber dari Kg Baru ke KLCC pun adik kena RM21 hinggit.

konsep redho airways aja lahh.. tapi tetap lambat ke ofis walaupun stgh jam cuma.
Quote anakura 8-9-2016 11:39 AM
macam hareeee... mcm2 drama smlm. org salah route la. tersepit sbb lrt tutup cepat la. berebut2 la. aku ni sampai kena el half day. monyet betoi.  
Quote matseh 8-9-2016 12:48 PM
Kalau jadi lagi, Menteri, Setiausha Kementrian, Pengerusi SPAD, Pengarah2 Kementerian, Pengarah2 TNB dan sapa2 yg terlibat, sila terjun dari rel LRT kat Glenmarrie Station.
Mereka ni buleh belajar dari problem KTM Komuter. Hujan je sangkut. Baru tengok Documentary keretapi negara jepun, mcm Tube & LRT. Sunnguh efficient.
Quote -electrifying- 8-9-2016 02:34 PM
bertabah la...

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.059844 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top