Oleh : TS LOO Berita CNN melaporkan, sekurang-kurangnya 15 orang terkorban dan seramai 69 yang lain cedera selepas satu letupan menggegarkan sebuah kawasan pasar malam di Davao, Filipina pada Jumaat. Jurucakap polis wanita, Catherine dela Rey, lokasi letupan berlaku berhampiran dengan sebuah hotel ternama di Davao yang popular dalam kalangan pelancong dan ahli perniagaan. Memetik laporan rasmi agensi berita Filipina, Presidennya Rodrigo Duterte mengesahkan pengeboman tersebut merupakan suatu tindakan serangan kumpulan pengganas yang terancang dan mensasarkan kawasan yang tertentu.
Menurut salah seorang saksi kejadian, letupan disebabkan daripada gas memasak. Sebaliknya menurut laporan pihak berkuasa ia mungkin berpunca daripada bom. Serentak itu, polis mengadakan pemeriksaan di jalan jalan utama menuju ke bandar. Antaranya pintu masuk yang terletak di selatan Manila. Difahamkan, ketika kejadian, pasar malam itu sesak dengan orang ramai.- CARI |
4
Bagus |
5
Marah |
7
Terkejut |
6
Sedih |
3
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT