Oleh : TS LOO Portal mirror.co.uk melaporkan, baru-baru ini sekumpulan saintis Rusia ketika mereka melakukan kerja-kerja penggalian terjumpa sebatang jarum yang diperbuat daripada tulang burung purba dalam Gua Denisova di Siberia. Difahamkan, jarum tersebut dianggarkan berusia lebih 50,000 tahun dan dianggap merupakan jarum yang paling tua di dunia. Kumpulan saintis itu yakin jarum berkenaan telah dicipta oleh kumpulan manusia yang dikenali sebagai ‘Denisova’.
Menariknya, jarum berukuran tiga inci itu masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Menurut Ketua Institut Arkeologi dan Etnografi di Novosibirsk, Prof. Mikhail Shunkov, pihaknya melakukan kerja-kerja penggalian di gua tersebut selama lebih tiga dekad bagi mencari lebih banyak maklumat berhubung sejarah penempatan awal manusia. “Ini merupakan jarum purba paling panjang yang ditemukan oleh kami setakat ini dan sudah tentu milik kumpulan manusia Denisova.” “Ini satu penemuan yang hebat. Kita dapat simpulkan tentang kisah kewujudan sejarah manusia."- CARI sumber info: www.dailymail.co.uk
|
5
Bagus |
5
Marah |
1
Terkejut |
9
Sedih |
8
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT