Oleh : TS LOO Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir sebelum ini mengecam konsep 'Bangsa Johor' yang dipupuk oleh Kerabat Diraja Johor dan menyatakan tindakan sultan Johor boleh membawa keruntuhan sistem persekutuan. Dalam pada itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyelar Tun Mahathir kerana jahil mengenai sejarah di negeri Johor. Menurut laporan akhbar The Star, Sultan Ibrahim menjelaskan, istilah 'Bangsa Johor' telah dicipta oleh moyangnya pada tahun 1920 untuk menyatukan semua kaum di negeri ini agar dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan aman sejahtera. Tiada mana-mana kaum atau individu akan dipinggirkan di Johor.
"Konsep Bangsa Johor sejak awal lagi telah diwujudkan, malah sebelum Mahathir dilahirkan. Dia langsung tidak tahu apa yang dia cakap?" Sultan Johor turut mengecam sekeras-kerasnya bahawa Tun Mahathir adalah individu yang memang hebat memecah belah bangsa sendiri. "Dia hanya nak pecah belah bangsa sendiri, termasuk kaum Melayu, tetapi saya menyatupadukan semua kaum, termasuk orang Melayu." " Mahathir harus sedar, setiap negeri mempunyai keunikan yang tersendiri, tetapi itu tidak bermakna negeri-negeri terbabit berkeinginan keluar dari persekutuan." "Ia adalah sebahagian daripada imaginasi Dr Mahathir. Nasihat saya kepada beliau adalah untuk menutup mulutnya." "Saya tidak akan bertolak ansur dengan telatah beliau, dia tidak mempunyai hak campur tangan urusan negeri saya."- CARI sumber info: www.malaysiakini.com
|
10
Bagus |
8
Marah |
14
Terkejut |
11
Sedih |
20
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
uniq61 replied at 25-8-2016 01:38 PM
Daulat Tuanku..Patik rasa elok Tuanku sumpah je dia Tuanku!!! biar dia muntah darah masuk Johor!
safran replied at 25-8-2016 02:10 PM
Ada chedet kisah
Orang tua tu bukan takut sesapa, dia nak cakap dia cakap saja
romeor replied at 25-8-2016 02:03 PM
Cakap kat sultan johor tu dia pun kena tutup mulut bab agama jgn nak buat pandai. Bab tak bertudung ...
ADVERTISEMENT