Oleh : TS LOO Selepas perlawanan akhir acara badminton sukan Olimpik antara Lin Dan dengan Datuk Lee Chong Wei, tersebar secara meluas sepucuk surat yang ditulis oleh mereka berdua di media sosial. Dalam 'surat' itu yang kononnya diutuskan oleh Lin Dan mengisahkan sepanjang perjalanan mereka berdua di gelanggang badminton. Lin Dan juga dikatakan mengucapkan terima kasih kepada Chong Wei dengan ungkapan "Ribuan terima kasih kerana disebabkan kamu, kita diiktiraf seperti juara yang lain sebagai pesaing yang hebat, ‘Lee-Lin’. Kita seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi di mana persaingan kita ini tiada kesudahannya." Bagaimana pun, di sidang media selepas majlis sambutan wira-wira olimpik negara kelmarin, apabila ditanya mengenai kesahihan surat viral itu, Chong Wei mengesahkan beliau tidak menerima sebarang surat daripada Lin Dan dan itu hanya sekadar khabar angin.
Tegas beliau, perkara itu tidak wujud langsung, ini kerana Lin Dan dan dirinya tidak pernah tulis surat seperti itu, tambah beliau beritahu surat itu ditulis oleh wartawan dari China. Dalam pada itu, Chong Wei turut tidak lupa menyatakan dengan nada bergurau, 'Apa mereka sangka kami sedang bercinta?' - CARI sumber berita : astro awani
|
18
Bagus |
19
Marah |
14
Terkejut |
6
Sedih |
9
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
madknownz replied at 25-8-2016 03:33 PM
kt FB ramai yg share kata mata masuk habuk lah..
sape potong bawang lah.... terharu lah.... menitis ...
ADVERTISEMENT