Walaupun Malaysia tidak dapat memenangi pingat emas ketika Sukan Olimpik di Rio De Janerio baru-baru ini, tetapi seluruh rakyat Malaysia kelihatan bersatu padu tanpa mengira bangsa memberi sokongan kepada setiap atlet negara. Sepanjang berlangsungnya sukan Olimpik, terasa begitu harmoninya masyarakat kita, seolah-olah negara sudah pun menerima pingat emas. Ahad lalu, seorang netizen berbangsa Melayu berkongsi satu status mengenai pengalamannya di laman Facebook menyebabkan ramai netizen lain memberi pujian bahawa perbuatannya menonjolkan semangat Satu Malaysia. Dalam tempoh sehari sahaja, statusnya itu menerima kira-kira 4,000 'like'.
Loading FB Post... Jamalee memuat naik sekeping gambar dia bersama seorang nenek tua yang dipanggil sebagai Aunty Wong, dengan menyatakan dia sememangnya ada 'jodoh' dengan nenek tersebut. Menurut Jamalee, ketika dirinya pertama kali terserempak dengan nenek tua itu, kebetulan dia didapati bermasalah pernafasan. "Kebetulan juga ketika itu saya juga mengalami asma, jadi saya bagi dia memakai alat semburan inhaler yang saya guna itu. Lepas itu barulah saya bawa dia pergi ke klinik yang berhampiran." Kemudian, Jamalee sekali lagi terserempak Aunty Wong ketika menjamu selera di sebuah restoran, tetapi Aunty Wong hanya bungkus makanan dan bawa balik. Pagi Ahad lalu, Jamalee sekali lagi terserempak dengan Aunty Wong, ketika itu aunty Wong kelihatan ingin pulang ke rumah, tetapi tiada perkhidmatan bas pada masa itu dan aunty Wong juga tidak mempunyai wang tunai yang mencukupi untuk ambil teksi. "Justeru itu, saya ambil insiatif untuk bawa dia balik rumah, dia setuju. Tetapi berikutan kereta pacuan empat roda yang dibawa saya agak tinggi, aunty Wong tidak terdaya panjat naik ke dalam kereta saya akibat kakinya sakit. " "Setelah mendapat kebenarannya, saya mengangkatnya naik ke dalam kereta. Sebenarnya, badan nenek tua tidaklah berat sangat pun." "Rumahnya dekat saja dari situ, jarak kira-kira 2km, namun bagi orang tua yang bertongkat, 2km perjalanan adalah seperti mendaki bukit." Di penghujung statusnya, Jamlaee menyatakan, tujuannya berkongsi pengalamannya itu adalah mengharapkan, kawan-kawannya lebih beri perhatian ke atas bahasa badan ekspresi muka orang-orang tua, khususnya pada mata mereka. Ketahui apa keperluan mereka, segera tampil ke depan tanya khabar dan beri bantuan. " Kita semua hidup bermasyarakat seperti sebuah keluarga, haruslah saling mengambil berat." " Dalam agama Islam, prihatin terhadap jiran tetangga adalah tingkah laku yang amat digalakkan." Ramai netizen berpendapat apa yang dilakukan Jamalee wajar diberi pujian, penghormatan dan kita harus rasa bangga dengan sikap dia itu. Dalam pada itu, ada juga berharap lebih ramai warga Malaysia bersikap seperti Jamalee, menghulurkan bantuan buat mereka yang memerlukannya tanpa mengira warna kulit dan latar belakang seseorang itu. Permuafakatan membawa berkat!- CARI |
28
Bagus |
23
Marah |
21
Terkejut |
29
Sedih |
23
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
belilies replied at 24-8-2016 03:29 PM
Orang yang ikhlas beramal takkan menguar-uarkan amalan dia... ni siap berwefie then viral.
fazamania replied at 24-8-2016 07:55 PM
Jgn nak kondem dia. Zaman sekarang nak buat baik kena seiring dgn arus kemodenan.. handphone dan t ...
merrissa replied at 24-8-2016 11:34 PM
wekkkkkk.......penjual insuran gak ker?
belilies replied at 24-8-2016 03:29 PM
Orang yang ikhlas beramal takkan menguar-uarkan amalan dia... ni siap berwefie then viral.
~boolean replied at 24-8-2016 01:02 PM
Dah banyak sangat orang macam ni..sendiri tolong, sendiri up cerita puji diri..
Benda2 macam ni t ...
~boolean replied at 24-8-2016 01:02 PM
Dah banyak sangat orang macam ni..sendiri tolong, sendiri up cerita puji diri..
Benda2 macam ni t ...
ADVERTISEMENT