Oleh : TS LOO Percaya tak dalam dunia terdapat manusia yang menganggap makan pisau sebagai suatu kegemaran buat dirinya? Lelaki tersebut berasal dari India bernama Surjeet Singh, berikutan bahagian perutnya mengalami kesakitan, maka dia digegaskan ke hospital untuk menjalani rawatan kecemasan. Setelah pemeriksaan dijalankan, doktor mendapati di dalam perutnya mengandungi bahan keras, jadi dia diarahkan menjalani pembedahan. Hasilnya mendapati terdapat sebilangan besar pisau terkandung dalam perutnya.
Seramai 5 orang doktor ditugaskan untuk mengadakan pembedahan untuk dia. Selepas itu, proses pengiraan diadakan dan hasil kiraan mendapati sebanyak 40 bilah pisau telah dikeluarkan daripada perutnya. Menurut doktor, ketika rawatan, mereka mendapati punca kesakitan perutnya agak tidak munasabah, justeru pemeriksaan secara gelombang ultrasonik diadakan dan berjaya mengesan terdapat sejenis pepejal yang berbentuk seperti ketumbuhan kanser terkandung dalam perutnya, Dalam pada itu, Surjeet Singh beritahu doktor selama ini dia mempunyai keinginan makan pisau yang tidak dapat dikawal oleh dirinya. Doktor turut memaklumkan, pembedahan yang mengambil masa 5 jam tersebut merupakan pembedahan yang berisiko sangat tinggi sejak dirinya menjadi doktor.- CARI sumber info: uk.yahoo.com |
29
Bagus |
22
Marah |
57
Terkejut |
22
Sedih |
26
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT