Oleh : TS LOO Demi menzahirkan impian menunaikan haji di tanah suci Mekah, lelaki dari tanah besar China yang dikenali sebagai Mohammed sanggup berbasikal hampir empat bulan, bermula dari bandar Xinjiang ke Arab Saudi. Difahamkan, kayuhannya bermula dari rumahnya di barat laut China dan menempuh perjalanan sejauh 8,159 kilometer sebelum tiba di bandar Taif di Arab Saudi beberapa hari lalu. Menurut portal berita Sabq, Mohammed menerima sambutan khas daripada ahli-ahli Kelab Berbasikal Taif dan mereka turut mengiringinya menyambung perjalanan sehingga ke Mekah. Ketua Kelab Berbasikal Taif, Nayef Al Rawas yang turut hadir menyambut Mohammed berharap kelab berbasikal yang lain dapat membantunya dan memperkenalkannya ke beberapa bandar lain di Mekah.
Sabtu lalu, Jabatan Hal Eh-wal Agama China (SARA) mengumumkan, sebanyak 14,500 jemaah dari negara itu akan mengerjakan haji tahun ini menerusi 37 penerba-ngan khas. Agensi berita Xinhua melaporkan, sehingga kini, seramai 11,000 jemaah haji dari negara tembok besar ini telah berada di Mekah.- CARI sumber berita: http://gulfnews.com/ |
21
Bagus |
24
Marah |
29
Terkejut |
17
Sedih |
29
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT