Oleh : TS LOO Bekas Presiden Singapura S R Nathan yang berusia 92 tahun dilaporkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada jam 9.48 malam tadi. Pada 31 Julai lalu, pejabat Perdana Menteri Singapura mengumumkan Nathan mengalami angin ahmar dan berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi hospital berkenaan. Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga bekas Presiden Singapura tersebut. "Takziah kepada keluarga bekas Presiden Singapura S R Nathan dan rakyat Singapura," katanya dalam akaun Twitter beliau, hari ini.
Nathan yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia pada tahun 1988, adalah presiden paling lama berkhidmat di Singapura iaitu selama dua penggal pada 1999 hingga 2011. Secara rasmi, beliau meletak jawatan sebagai presiden keenam pada 31 Ogos 2011 dan digantikan oleh Presiden sekarang Tony Tan Keng Yam.- CARI sumber berita : Bernama
|
12
Bagus |
7
Marah |
17
Terkejut |
35
Sedih |
6
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Lina66 replied at 23-8-2016 09:46 AM
Rest In Peace..
sttingerattack replied at 23-8-2016 12:01 PM
The deceased will be given state funeral this Friday.....
The question...why was ex president ONG ...
ADVERTISEMENT