Oleh Izzah Abbasy
Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata trend bayaran balik yang masih rendah di kalangan peminjam sedia ada, menyebabkan PTPTN terpaksa mengurangkan kadar pinjaman kepada penuntut baharu. Sehingga Disember 2015, PTPTN hanya berjaya mengutip RM8 bilion berbanding sasaran RM15 bilion daripada RM26 bilion pinjaman yang diluluskan. PTPTN hanya meluluskan 95 peratus daripada kos pengajian kepada penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan 85 peratus kepada penuntut institut pengajian tinggi (IPTS). Menurut beliau, sekiranya ia tidak dilakukan, PTPTN akan berdepan dengan masalah kekurangan dana untuk memberi pinjaman kepada bakal mahasiswa dan juga berdepan dengan masalah pembayaran balik pinjaman kepada institusi kewangan. Shamsul Anuar memberitahu, pelbagai langkah telah dilakukan untuk mendapatkan semula bayaran balik pinjaman, termasuk menyenaraikan peminjam di dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) mulai Jun tahun lalu. Penyenaraian itu bukan untuk menganiaya mana-mana pihak katanya, tetapi bertujuan menggalakkan peminjam agar lebih berdisiplin dan bertanggungjawab membayar balik pinjaman. - CARI Sumber : Astro Awani
|
17
Bagus |
22
Marah |
14
Terkejut |
18
Sedih |
15
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Innrukia replied at 21-8-2016 12:20 PM
Berapa % jer yg btl2 tak mampu byr? Aku tgk majority mengelat bayar hatta yg keje gomen/ professiona ...
haruslah replied at 21-8-2016 01:23 PM
Hahaha
Aku baru start byr fix monthly sejak 2thn lepas...
Baru2 ni name aku kena blacklist
haruslah replied at 21-8-2016 01:23 PM
Hahaha
Aku baru start byr fix monthly sejak 2thn lepas...
Baru2 ni name aku kena blacklist
ADVERTISEMENT