CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Elyana Nafi Hidap Kanser (+ Album Baru In Progress)

29-7-2013 10:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21848| Komen: 107

Elyana nafi hidap kanser

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN



ELYANA menafikan spekulasi yang mendakwa dirinya menghidap kanser sehingga dia dan suaminya, Khairul Anuar terpaksa pergi menunaikan umrah bulan lalu. 

KETIKA ini kisah mengenai artis berbakat besar iaitu pelakon dan penyanyi Erneelya Elyana Emrizal atau lebih popular dengan panggilan Elyana agak jarang kedengaran.


Kelihatan seperti memencilkan diri daripada industri hiburan, tiba-tiba ada sumber yang menyatakan penyanyi itu kini sedang bertarung dengan penyakit kanser. Namun begitu, sumber berkenaan tidak menyatakan jenis kanser yang dihidapnya. 

Apa yang lebih mengejutkan, akibat penyakit yang dideritainya itu membuatkan Elyana pergi mengerjakan umrah baru-baru ini dan berdoa di depan Kaabah agar penyakitnya itu sembuh.

Bagi mendapatkan cerita yang sebenar, Kosmo! menghubungi Elyana yang sedang dalam perjalanan ke lapangan terbang kerana ingin pergi bercuti bersama ibu dan kakaknya ke Vietnam.


Kosmo!: Rasanya sudah agak lama tidak mendengar perkembangan Elyana. Apakah aktiviti anda sekarang?

ELYANA: Buat masa ini saya sedang sibuk dengan proses pembikinan album terbaharu yang dijangka dilancarkan pada tahun ini. Ia merupakan album yang kelima selepas Jaga Diriku yang dihasilkan pada tahun 2007.

Minta maaf, saya ingin bertanya tentang kesahihan berita ini. Betulkah anda sedang menghidap penyakit kanser?

Sakit kanser? Rasanya sekarang saya masih sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit kritikal. Kalau setakat demam itu memang ada, tetapi tidak pula mengalami penyakit kronik seperti kanser.

Ada orang kata pemergian anda ke Mekah untuk mengerjakan umrah tempoh hari kerana mahu berdoa di depan Kaabah agar penyakit itu cepat sembuh. Boleh komen sedikit?

Sebenarnya pemergian saya ke Mekah bersama suami merupakan undangan daripada pihak produksi rancangan Romantika yang akan disiarkan di Astro pada bulan Ramadan ini. Secara jujurnya saya agak terkejut dan ia undangan pada saat-saat akhir. Sebelum ini rancangan tersebut menyiarkan pasangan selebriti yang bercuti di tempat percutian yang menarik, tetapi apabila tiba giliran saya mereka buat keputusan untuk membawa kami ke Mekah dan saya rasa sangat bertuah.

Biasanya kebanyakan artis wanita yang pulang dari Mekah, pasti mereka akan membuat perubahan terutamanya tampil bertudung. Bagaimana pula dengan imej anda selepas mengerjakan umrah?

Secara jujurnya saya masih lagi tampil seperti biasa, namun sentiasa berdoa agar terbuka pintu hati untuk bertudung nanti. Buat masa ini saya mahu menjaga solat terlebih dahulu.

Berkenaan dengan pembikinan album, apa yang membuatkan anda mahu kembali muncul dengan album baharu?

Penerbitan album ini merupakan permintaan daripada peminat yang selalu bertanya tentang produk terbaharu saya. Lagipun kali terakhir saya menghasilkan album ialah kira-kira enam tahun lalu. 
Selain itu, saya rindu untuk masuk semula ke studio rakaman setelah lama tidak berbuat demikian. Perancangan ini sudah lama dibuat, namun masa selalu tidak mengizinkan.

Boleh ceritakan tentang album berkenaan?

Setakat ini sudah ada dua buah lagu yang saya rakam, termasuk single yang dirakamkan pada dua tahun lepas berjudul Sewaktu Dulu-Dulu. Secara keseluruhannya ada 10 buah lagu yang akan dimuatkan dalam album itu. 

Berkenaan dengan konsep pula, saya masih lagi mengekalkan muzik Pop Rock. Tetapi kali ini susunan muzik dan lirik untuk setiap lagu menjadi lebih matang dan bersesuaian dengan usia saya sekarang yang sudah menjangkau 26 tahun.

Bagaimana pula dengan aktiviti lakonan?

Saya mahu memperlahankan aktiviti lakonan kerana ingin memberikan lebih tumpuan kepada pembikinan album baharu saya ini. Selepas album tersebut disiapkan, barulah saya akan aktif semula.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beta_carotene 28-7-2013 06:52 AM
perlu ke nk speku org sakit kanser hanya sebab dia g umrah?
Quote beta_carotene 28-7-2013 06:53 AM
harap sgt lagu 'sewaktu dulu-dulu' jadi 'sleeper hit' mcm awan nano, angin syurga..

[youtube]k4bx30GgS2I[/youtube]

awan nano produced 2009, menang ajl 2012
Quote kakikuDibibirmu 28-7-2013 06:58 AM
sleeper hit tu hit dalam senyap-senyap ka atau lagu hit sesuai untuk ummah lagu sleeper tidur seperti penyanyi susah bukak mulut seperti Yuna, Ainan Tasneem, Ana Rafali, Najwa Latif dan yang sama waktu dengannya? Atau lagu-lagu hit setaraf selipar jah? Last edited by kakikuDibibirmu on 28-7-2013 07:00 AM

Quote beta_carotene 28-7-2013 07:01 AM
kakikuDibibirmu posted on 28-7-2013 05:58 AM
sleeper hit tu hit dalam senya-senyap ka atau lagu hit sesuai untuk ummah lagu sleeper tidur seperti ...

sleeper hit itu ialah hit dalam senyap2 okay.. hendak dengar sebelum tidur pun tiada masalah kalau terlalu minat sangat
Quote aayz 28-7-2013 07:15 AM
tak kan la pi umrah sbb kanser....errk...apa punya speculation kah itu..
Quote kak_sue 28-7-2013 07:33 AM
Reporter reporter hiburan nie otak memang very the puaka.....tak ada modal nak buat cerita. Bahan tulisan mereka dari gosip2 makeup artist yang terselah kekedian atau firasat firasat pendekar/srikandi keebod. Kalau gosip pasal cinta boleh juga terima. Ini cancer....kalau kau tanya orang cina pasti dorang suroh reporter nie cuci mulut dorang dgn chlorox. To them very sway ar  

Tegamak pulak dorang tanya & tulis. Bukan kah ini menunjuk kebodohan mereka sendiri. Tsk Tsk Tsk....kesian reporter2, penulis blog yang so desperate nak dapat hasil untok periuk nasi dorang....

To reporter hiburan & bloggers - Professional sikit la bang.....have some etiquette when doing your job
Quote mitnick 28-7-2013 07:44 AM
hadeiii... xkan spekulasi x berasas camni pon ado?
Quote refleCtion 28-7-2013 08:29 AM
JADI DIRIKU la..ada ke Jaga Diriku
Quote xdielzx 28-7-2013 09:17 AM
jahat gile tanya org pegi umrah sbb kanser
Quote Soksek11 28-7-2013 09:23 AM
Tajuk pon nak gempak je..baiklerr fokus pada album ke famili ke...
Quote pinkaddict 28-7-2013 10:54 AM
Selalu je terserempak elyana kat sekitar shah alam ni..
Dah berisi dh badannya. Moleklah, xde lah melengkung mcm masa sekolah dolu2
Quote none88 28-7-2013 11:02 AM
comeii dia nih...
Quote kakakmanis 28-7-2013 11:16 AM
Motif dgr khabar angin terus reporter percaya siap p tanya depan2? Apa, igt kalo ada kanser je ke bleh pegi umrah?
Org pegi umrah sbb nk buat ibadat. Faham?
Quote masnona 28-7-2013 11:24 AM
lawa baju hitam die pki tu.
Quote miss_calamansi 28-7-2013 11:26 AM
chooiiiii betul la diorang ni wat gosip..
benda ni kaitan ngan hidup mati la..
kalau macam tu semua yg gi mekah tu ada kancer la
vangang vetul...
Quote stania83 28-7-2013 11:54 AM
ooo ingat dier mmg dah pakai tudung
Quote exodus90 28-7-2013 12:45 PM
santek sgttt
Quote tomet05 29-7-2013 08:59 AM
nape nak speku cam tuh eh ?
Quote biozipstar 29-7-2013 10:03 AM
x baek speku x berasas camni.. len la penah nampak die gi hosp ke... ada la asas sket pertanyaan tu.... mengom wartawang ni

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.157997 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top