Oleh : Dean BZ Mencari pekerjaan dengan tawaran gaji yang menarik tidaklah semudah yang difikirkan lebih-lebih lagi jika anda baru bergelar seorang graduan. Perkara pertama yang akan anda tempuhi ketika mencari pekerjaan adalah persaingan dari beribu-ribu graduan lain yang juga sedang memohon pekerjaan seperti anda. Itu belum lagi diambil kira dengan pesaing yang sudah mempunyai banyak pengalaman kerja dan juga sedang mencari pekerjaan baru. Jadi bagi yang sedang mencari pekerjaan, cara persembahan resume anda haruslah terbaik dan tidak membosankan apabila dibaca. Kalau boleh, buatkan sedikit kelainan dalam resume anda supaya lebih menarik perhatian. Kisah seorang lelaki yang mendapat pekerjaan tanpa perlu ditemuduga hanya kerana resume nya yang sangat "awesome" mungkin akan memberi inspirasi berharga buat anda. Jom kita baca perkongsian menarik yang dipetik dari TheVocket ini.
Sumukh Mehta, lelaki berasal dari Bungalore, India ini membuat resumenya dengan cara yang sangat berbeza dan unik. Beliau baru sahaja menghabiskan pengajiannya di Universiti Jain dalam bidang pengurusan dan sudah membantu lebih 160 individu dalam menghasilkan resume yang lebih menarik. “Dalam dunia serba kompetitif ini, semuanya menjadi lebih susah dan anda perlu menjadi lebih kreatif dari yang lain untuk membuat sesuatu perkara dan itulah apa yang saya lakukan,” kata Sumukh. Selepas membantu rakan-rakannya dalam membuat resume, beliau turut mencuba nasib dengan menghantar resume beliau ke majalah terkemuka dunia, Gentleman’s Quarterly (GQ). Resume itu adalah dalam bentuk 20 helaian bergambar yang dibuat dengan bantuan pereka grafik. Resume beliau ini mengambil masa 3 minggu untuk disiapkan. Hasilnya? Resume beliau ini berjaya mendapat perhatian Editor-In-Chief GQ, Dylan Jones yang menawarkan kerja untuk Sumukh di pejabat mereka di London tanpa perlu menjalani interview! Jadi bagaimana rupa resume Sumukh ini? Lihat resume Sumukh di gambar di bawah. Sangat menarik gaya persembahan resume Sumukh ini, penuh dengan kreativiti dan sesuai dengan bidang pekerjaan yang ingin diceburi. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi lebih idea untuk anda membuat semula resume yang lebih menarik. Ini kerana resume juga mencerminkan siapa diri anda. Selamat mencuba dan semoga berjaya dalam misi pencarian pekerjaan anda. - CARI Sumber - TheVocket.com |
21
Bagus |
28
Marah |
22
Terkejut |
12
Sedih |
24
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dubuk replied at 15-8-2016 03:29 AM
tanpa pe apa
gigahertz replied at 15-8-2016 11:36 AM
Ini kita panggil infographic. Detail dalam satu paper. Kalau korang meniaga jual barang tak kira b ...
sabar_sabariah replied at 15-8-2016 01:16 PM
mostly yang bagi opinion kat sini adalah betul
in case bagi hardcopy resume pada sesebuah company
...
jazaa100 replied at 15-8-2016 03:47 PM
Ha..ha...kepantangan aku pun kaler pink...
Sama jugak dgn ofis...
ADVERTISEMENT