CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki Ini Di Kecam Hebat Gara-Gara Mempersenda Sejarah Bukit Kepong

16-8-2016 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10736| Komen: 14|Original author: Oleh : Dean BZ

Description: Seorang lelaki dikecam hebat oleh netizen gara-gara menyatakan bahawa..

Kredit foto - kanvasdakwat.blogspot.com


Seorang lelaki dikecam hebat oleh netizen gara-gara menyatakan bahawa sejarah Bukit Kepong diserang komunis sebenarnya telah diselewengkan fakta sebenar.

Status yang "bikin panas" itu dimuat naik di laman Facebook berbunyi seperti ini :

"Sejarah Bukit Kepong telah diselewengkan faktanya... Sebenarnya pihak komunis telah diarahkan oleh seorang Melayu berpangkat tinggi dlm komunis iaitu Mat Indera untuk menangkap anggota2 polis yang mabuk dan berbuat maksiat pada malam tahun baru Cina. Tapi anggota-anggota komunis tidak mengikut arahan Mat Indera, mereka membunuh semua anggota polis dan membakar balai polis Bukit Kepong. Bila dapat tahu hal itu Mat Indera telah datang ke balai polis untuk memberi bantuan kepada anggota polis yang cedera. Yang kat TV tu tipu".





Ini pula antara komen netizen mengenai status lelaki tersebut.



Umum mengetahui pada 23 Feb 1950, kira-kira pukul 5 pagi, balai polis Bukit Kepong telah diserang segerombolan kira-kira 200 pengganas komunis semasa darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.

Serangan pengganas komunis itu telah mengorbankan 14 anggota polis, empat isteri anggota polis, seorang anak polis dan enam polis bantuan (AP).

Berikut adalah senarai yang gugur dalam pertempuran di Bukit Kepong.

Anggota Polis
Sarjan 2493 Jamil bin Mohd Shah (Ketua Balai Bukit Kepong)
Koperal 7068 Mohd Yassin bin Haji Wahab (Timbalan Ketua Balai Bukit Kepong)
Lans Koperal 7186 Jidin bin Omar
Mata-Mata 9136 Hassan bin Osman
Mata-Mata 3933 Hamzah bin Ahmad
Mata-Mata 8600 Jaafar bin Hassan
Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar
Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
Mata-Mata 7862 Abu Kadir Jusoh
Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam
Mata-Mata Marin 68 Awang bin Ali
Mata-Mata Marin 181 Basiron bin Adam
Mata-Mata Tambahan 3475 Mohd Top bin Lazim
Mata-Mata Tambahan 3795 Jaafar bin Arshad


Polis Bantuan / Auxiliary Police
Ins. Kudarina Naknok
AP 2130 Samad bin Yatim
AP 1912 Mahmud bin Sa'at
AP 1925 Ali bin Akob
AP 2127 Othman Yahya

Keluarga Anggota
Fatimah binti Yaaba - isteri Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
Hassan bin Abu Bakar - anak Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
Saadiah - isteri Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
Simah binti Abu - anak Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
Arafah binti Yusoff - isteri Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam

Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
AP 2098 Redzuan bin Alias
Embong bin Lazim
Mendiang Koh Ah Cheng

Kisah tragedi menyedihkan itu telah difilemkan sebagai mengenang jasa-jasa pejuang tanah air yang telah terkorban mempertahankan maruah negara.

Filem arahan Jins Shamsudin dan dibintangi oleh dirinya sendiri, A. Rahim dan Hussein Abu Hassan itu menggambarkan semangat waja yang ditunjukkan oleh pasukan polis, walaupun mereka diserang oleh 180 orang pengganas komunis, tetapi mereka tetap berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan negara.

Namun malangnya, masih ada juga individu yang menyatakan fakta sejarah pertempuran di Bukit Kepong adalah satu penipuan. Masih adakah sifat patriotisme didalam diri pengkritik seperti ini? 

Sempena hari kemerdekaan yang bakal disambut tidak lama lagi, marilah kita sama-sama mengucapkan syukur kerana negara kita telah diberi keamanan sejak merdeka pada tahun 1957. Andai ada yang tidak tahu berterima kasih kepada pejuang-pejuang yang mempertahankan negara, jangan lah pula cuba menjadi langau yang merosakkan pemikiran masyarakat yang cintakan negara. - CARI



Kredit foto - cinema.com.my





Sumber - warisandarahperwira/wikipediaorg

19

Bagus
33

Marah
16

Terkejut
15

Sedih
10

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote binatang 16-8-2016 01:03 PM
Lagi sekor pak nyanyok lupa makan ubat
Quote Emperor95 16-8-2016 01:41 PM
Terdesak perlukan perhatian.
Quote Joannalee 16-8-2016 02:10 PM
Lebih baik diam je... Dr bising2 terus kene bash...
Quote DeMax 16-8-2016 02:38 PM
Ni semua agenda Jawa PPRT
Quote violet1212 16-8-2016 05:07 PM
hahahaahhahaha.... ape malang mak kau ye dpt anak biol mcm ko.. hahahaha
Quote revolusi_30 16-8-2016 05:17 PM
Nk ckp polis  kepong  merewang malam tahun baru cina akak tak nampak asasnya...tapi nak cakap mereka berjuang  bermati matian demi penjajah British dan Queen semestinya tepat...suruh  menyerah tak mau menyerah..sanggup pertahankan tuan british
Quote revolusi_30 16-8-2016 05:18 PM
Polis Bukit kepong  
Quote ALWAYSREDA 16-8-2016 05:22 PM
Walaupun setakat nak dapatkan intention....tak perlulah twistkan sejarah macam tu sekali...kenapa?...datok dia ni orang kuat komunis ke dulu dan tak dapat apa2 penghargaan ketika menentang jepun.
Quote Tapayana 16-8-2016 07:46 PM
revolusi_30 replied at 16-8-2016 05:17 PM
Nk ckp polis  kepong  merewang malam tahun baru cina akak tak nampak asasnya...tapi nak cakap mereka ...

tapi diorang pertahankan balai diorang. bukan ada tuan british pun dlm balai masa tu

komunis tu plak  kenapa biarkan diorang mati rentung
Quote binatang 16-8-2016 07:59 PM
revolusi_30 replied at 16-8-2016 05:17 PM
Nk ckp polis  kepong  merewang malam tahun baru cina akak tak nampak asasnya...tapi nak cakap mereka ...

Bodohnya kurap cenonot engkau. Kalo dah diserang beratus ekor pengganas tali barut soviet yang mereka ikrar untuk tangkap mesti la mereka berjuang sampai mati. Sorry la nak menyerah kat bapok bekas hamba seks jepun yang diburu macam babi hutan
Quote lasagna 17-8-2016 10:53 AM
apa plak bukti sohai tu ckp dia org tu semua mabuk? ada sedara dia ke msa kejadian tu brlaku? main sedap jer sound, dah laa tak idup lagi taon tu, twist dah jauh menyimpang.
Quote uniq61 17-8-2016 10:56 AM
Edited by uniq61 at 17-8-2016 11:00 AM
cuba tanya dia kenal mat sabu x

AKU RASA MAT SABU TU ADA KENA MENGENA NETIZEN TU TAK? DIA DAPAT INFO DARI KOMUNIS KOT? ATAU DARI MAKTOK DIA YANG SUKA DENGAR GOSIP? MAKLUMLAH SEKOLAH DARJAH ENAM JE. KHABAR ANGIN JE. TAPI MAT INDERA TU KENA TANGKAP SELEPAS ITU. KENA TIPU MINUM KOPI BERCAMPUR BUAH KECUBUNG! PENGSAN! JAWA JUGA YANG PUNYA ILMU.
Quote Artemesiaa 17-8-2016 11:35 AM
Yang pasti bila tiba bulan kemerdekaan macam sekarang ni mesti ada ulang tayang pilem ni di TV
Quote marumaru 17-8-2016 01:09 PM
Sy selalu nangis bila keluar video klip bukit kepong kat tv..ntahlah..maybe semangat patriotik tinggi sngat kut...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.069819 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top