Oleh Izzah Abbasy
Sejak Pokemon Go diperkenalkan di Malaysia minggu lalu, permainan ini mengundang pelbagai kontroversi tersendiri selepas penggunaannya di seluruh dunia terlibat dengan pelbagai insiden dan mencemarkan tempat ibadat, sekolah dan mahkamah serta kediaman orang ramai. Oleh itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengeluarkan satu garis panduan keselamatan umum kepada orang ramai berkaitan permainan Pokemon Go sambil menggesa mereka yang bermain permainan itu untuk sentiasa peka dengan keselamatan sekeliling dan sensiviti masyarakat setempat. Dalam satu kenyataan, MCMC memaklumkan, keputusan mengeluarkan garis panduan keselamatan umum itu juga bertujuan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti rompakan, kecurian ataupun kecederaan. Langkah tersebut juga seiring dengan panduan keselamatan yang telah dikeluarkan oleh beberapa buah negara lain untuk permainan berkenaan. Garis panduan keselamatan Pokemon Go yang dikeluarkan kepada pemain antaranya mengenai kepentingan melindungi maklumat peribadi mereka, menghormati sensitiviti tempat-tempat beribadat, peringatan untuk tidak memasuki ke kawasan-kawasan larangan yang merbahaya dan kewaspadaan terhadap individu yang tidak dikenali. Sebarang penggunaan aplikasi untuk memuatnaik permainan Pokemon Go mungkin mendedahkan para pemain kepada serangan penggodam atau malware. Mereka yang mempunyai sebarang persoalan atau kebimbangan mengenai aspek keselamatan, dan sensitiviti Pokemon Go boleh menghubungi secara terus pihak yang membangunkan permainan itu iaitu Niantic Inc yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat melalui laman sesawang mereka, http://www.nianticlabs.com . Dapatkah pihak SKMM mengikut jejak langkah negara Jepun dengan membuang Pokemon Go ini dari tempat-tempat ibadat dan juga tempat yang dirasa tidak sesuai untuk permainan ini dimainkan? Berikut adalah garis panduan yang dikeluarkan oleh SKMM. |
28
Bagus |
25
Marah |
13
Terkejut |
54
Sedih |
28
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
eenhemo2 replied at 12-8-2016 10:04 PM
Baru tadi terdengar kat berita, ada orang dilanggar sebab sibuk sangat main pokemon go.
JokesCop replied at 13-8-2016 08:01 PM
This is the correct approach utk situasi ni, harap majlis fatwa take note dan sedar, setiap benda da ...
JokesCop replied at 13-8-2016 08:01 PM
This is the correct approach utk situasi ni, harap majlis fatwa take note dan sedar, setiap benda da ...
finesse replied at 14-8-2016 09:43 AM
Pendekatan yg bagus.. siap cadangkan pemain bawa powerbank lg..
@dinopower @sipendiam @famri7 ...
ADVERTISEMENT