Oleh : TS LOO Dalam kekecohan yang berlaku di Stadium Perak Sabtu lalu, sekurang-kurangnya dua penyokong pasukan bola sepak JDT dan seorang jurufoto akhbar cedera dipercayai akibat terkena balingan objek keras. Kekecohan berlaku selepas tuan rumah, Perak kalah 0-1 kepada pasukan pelawat 'The Southern Tigers' dalam saingan Liga Super. Ketika penyokong JDT berada di tengah padang bagi meraikan kemenangan itu, provokasi tercetus sehingga menyebabkan para penyokong kedua-dua pasukan saling membaling botol minuman selain turut melontar mercun. Setengah jam kemudian, kira-kira 1,000 penyokong JDT diarahkan oleh pihak keselamatan untuk berkumpul di tengah padang sebagai langkah keselamatan selama hampir satu jam.
Sementara itu, jurufoto NSTP yang cedera, Supian Ahmad, 36, mendakwa beliau diserang penyokong JDT di tengah padang selain dipijak di beberapa bahagian badan. "Kamera saya yang bernilai kira-kira RM30,000 juga dirampas dan saya mengalami kecederaan di kaki, mata dan perut akibat dipijak." Dalam perkembangan yang sama, menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, pihak polis telah membuat tangkapan terhadap dua penyokong JDT yang membawa masuk suar ke dalam stadium dan kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957, tambahnya. Ujar Sum, pihak polis mengingatkan mana-mana pihak yang mempunyai gambar dan video mengenai insiden tersebut agar dapat menyalurkan kepada pihak polis untuk membantu dalam siasatan lanjut.- CARI sumber info: Bernama
|
21
Bagus |
29
Marah |
16
Terkejut |
21
Sedih |
27
Lawak |
32
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Lina66 replied at 8-8-2016 11:07 AM
suprisingly... team JDT takde satu haram anak jati Johor yg ade dlam pasukan dorang
Apr yg d ...
bemyself replied at 8-8-2016 11:07 AM
hemmm..bola je kot...
boyagombak replied at 8-8-2016 11:07 AM
Lanun ni kt mana2 pun wat kecoh. Apsal x cukup duit nk taruk minyak ka camera media pun rembat
axl_bach replied at 8-8-2016 01:08 PM
Azinee Taib dgn Fazly Mazlan anak Johor katanya.......
Lina66 replied at 8-8-2016 11:22 AM
whatever it is.... spesis2 jakun plus senang sentap mcm ni mmg tak bleh diajak pegi tengok bola k ...
Lina66 replied at 8-8-2016 11:22 AM
whatever it is.... spesis2 jakun plus senang sentap mcm ni mmg tak bleh diajak pegi tengok bola k ...
axl_bach replied at 8-8-2016 11:12 AM
Xtau lagi sape yg mula dulu...... tp mmg chant geng BOYS mmg dahsyat (sbb dorg tgh top, biasa lah ...
ADVERTISEMENT