Perompak Dan Pemilik Kedai Emas Masing-masing Lepaskan Tembakan NILAI, 26 Julai (Bernama) -- Lima lelaki yang dikatakan bersenjatakan pistol melarikan tujuh dulang barangan kemas bernilai hampir RM500,000 dari sebuah kedai emas di Pekan Mantin dekat sini kira-kira 1 petang Jumaat. Perompak dikatakan turut melepaskan tembakan amaran sebelum merompak sementara pemilik kedai emas itu juga melepaskan tembakan sehingga mengejutkan para perompak dan menyebabkan mereka melarikan diri. Pemilik kedai emas itu yang enggan dikenali yang berumur 50-an berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, dia berada di dalam kedainya bersama tiga lagi pekerja. "Tiba-tiba muncul lima lelaki yang memakai topi keledar dan bersenjatakan pistol. Salah seorang daripada mereka kemudiannya melepaskan satu das tembakan amaran sebelum yang lain memecah cermin pameran menggunakan tukul besi. "Mereka kemudian memasukkan tujuh dulang barangan kemas ke dalam sebuah beg. Pada masa yang sama, saya sempat mengambil senapang patah saya yang disimpan di bawah meja dan melepaskan satu das tembakan ke arah perompak, namun tersasar. "Kesemua mereka (perompak) terkejut dengan tembakan itu dan terus melarikan diri dengan menaiki tiga buah motosikal yang diletakkan berhampiran kedai saya," katanya. Pemilik itu berkata ketika kejadian tiada pelanggan di dalam kedainya. "Saya bersyukur kerana saya dan tiga pekerja saya selamat dan tidak dicederakan," katanya dan menambah sejak berniaga hampir 20 tahun, itulah kali pertama kedainya dirompak. Sementara itu jurucakap polis memberitahu pihaknya turut menemui sepucuk pistol mainan di tempat kejadian dan kemungkinan beberapa lagi pucuk pistol yang digunakan perompak juga palsu. "Kita menemui sepucuk pistol mainan tidak jauh dari premis berkenaan. Kemungkinan pistol mainan itu terjatuh ketika suspek tergesa-gesa melarikan diri," katanya. Pihak polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup di premis berkenaan.-- BERNAMA
|
3
Bagus |
9
Marah |
5
Terkejut |
13
Sedih |
13
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
AdamBillionaire posted on 26-7-2013 09:59 PM
kalau nk tahu palsu ke tak? suruh lah dia tembak anu ...
ADVERTISEMENT