CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2029|Reply: 8

[Tempatan] {24} Perompak dgn pemilik tembak menembak: Emas RM1/2 juta lesap !

[Copy link]
Post time 26-7-2013 08:56 PM | Show all posts |Read mode
Perompak Dan Pemilik Kedai Emas Masing-masing Lepaskan Tembakan

NILAI, 26  Julai (Bernama) -- Lima lelaki yang dikatakan bersenjatakan pistol melarikan tujuh dulang barangan kemas bernilai hampir RM500,000 dari sebuah kedai emas di Pekan Mantin dekat sini kira-kira 1 petang Jumaat.

Perompak dikatakan turut melepaskan tembakan amaran sebelum merompak sementara pemilik kedai emas itu juga melepaskan tembakan sehingga mengejutkan para perompak dan menyebabkan mereka melarikan diri.

Pemilik kedai emas itu yang enggan dikenali yang berumur 50-an berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, dia berada di dalam kedainya bersama tiga lagi pekerja.

"Tiba-tiba muncul lima lelaki yang memakai topi keledar dan bersenjatakan pistol. Salah seorang daripada mereka kemudiannya melepaskan satu das tembakan amaran sebelum yang lain memecah cermin pameran menggunakan tukul besi.

"Mereka kemudian memasukkan tujuh dulang barangan kemas ke dalam sebuah beg. Pada masa yang sama, saya sempat mengambil senapang patah saya yang disimpan di bawah meja dan melepaskan satu das tembakan ke arah perompak,  namun tersasar.

"Kesemua mereka (perompak) terkejut dengan tembakan itu dan terus melarikan diri dengan menaiki tiga buah motosikal yang diletakkan berhampiran kedai saya," katanya.

Pemilik itu berkata ketika kejadian tiada pelanggan di dalam kedainya.

"Saya bersyukur kerana saya dan tiga pekerja saya selamat dan tidak dicederakan," katanya dan menambah sejak berniaga hampir 20 tahun, itulah kali pertama kedainya dirompak.

Sementara itu jurucakap polis memberitahu pihaknya turut menemui sepucuk pistol mainan di tempat kejadian dan kemungkinan beberapa lagi pucuk pistol yang digunakan perompak juga palsu.

"Kita menemui sepucuk pistol mainan tidak jauh dari premis berkenaan. Kemungkinan pistol mainan itu terjatuh ketika suspek tergesa-gesa melarikan diri," katanya.

Pihak polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup di premis berkenaan.-- BERNAMA


p/s byk yg palsu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2013 09:59 PM | Show all posts
kalau nk tahu palsu ke tak? suruh lah dia tembak anu ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 10:30 PM | Show all posts
grand theft auto v
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2013 02:32 AM | Show all posts
Tembak tak kena. Itu pasal rugi banyak
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2013 04:02 AM | Show all posts
tak ambil kursus menembak ke. kalau ada senapang nak renew lesen kena pergi range menembak setau aku
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2013 04:41 AM | Show all posts
jenayah berleluasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2013 06:08 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 26-7-2013 09:59 PM
kalau nk tahu palsu ke tak? suruh lah dia tembak anu ...

patut tauke emas display emas zulian je.........
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2013 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
sib baik de snapang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2013 06:29 AM | Show all posts
kes terpencil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.282057 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list