Oleh : TS LOO
Dalam dunia ini semua perkara ada kemungkinannya, janji seseorang itu ada keyakinan diri untuk melakukannya. Seperti kata perpatah : "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan" . Di New South Wales, Australia, terdapat seorang gadis bernama Debbie Threlfo, biarpun dirinya seorang yang mempunyai masalah pergerakan, tetapi tidak menghalang impiannya untuk menjadi salah seorang anggota dalam pasukan sorakan atau 'cheering group'. Baru-baru ini dia telah menyertai pertandingan kumpulan sorakan menerusi bantuan beberapa orang anggota dalam pasukannnya dan keadaan menjadi sungguh menyentuh hati apabila pasukannya dinobatkan sebagai juara. Menerusi paparan video jelas kelihatan, dengan penuh keyakinan diri dan bersenyuman ceria, Debbie bukan sahaja dapat berdiri malah melakukan beberpa aksi yang berisiko tinggi seperti berpusing-pusing di udara.
Kerjasama dan persefahaman yang terjalin antara Debbie dengan anggota pasukannya, membolehkan dia berjaya berdiri atas kaki anggota pasukannya.. Setiap persembahan dan pergerakan semuanya memberi kejutan yang tidak disangka, sekali gus menerima tepukan gemuruh di kalangan penonton. Rakaman video tersebut ditonton oleh hampir 3.47 juta orang dalam tempoh 3 hari yang singkat. Ada netizen memberi komen menyatakan : paparan video tersebut membuatkan saya rasa nak nangis, "kasih sayang yang diberikan oleh kawannya telah berjaya merealisasikan impiannya."- CARI sumber info : www.theherald.com.au/ |
10
Bagus |
13
Marah |
8
Terkejut |
5
Sedih |
10
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
oppol replied at 29-7-2016 05:16 PM
Wow..untung la kawan belakang tu,boleh pegang2 pinggang...
ADVERTISEMENT