Dalam dunia ini semua perkara ada kemungkinannya, janji seseorang itu ada keyakinan diri untuk melakukannya. Seperti kata perpatah : "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan" .
Di New South Wales, Australia, terdapat seorang gadis bernama Debbie Threlfo, biarpun dirinya seorang yang mempunyai masalah pergerakan, tetapi tidak menghalang impiannya untuk menjadi salah seorang anggota dalam pasukan sorakan atau 'cheering group'.
Baru-baru ini dia telah menyertai pertandingan kumpulan sorakan menerusi bantuan beberapa orang anggota dalam pasukannnya dan keadaan menjadi sungguh menyentuh hati apabila pasukannya dinobatkan sebagai juara.
Menerusi paparan video jelas kelihatan, dengan penuh keyakinan diri dan bersenyuman ceria, Debbie bukan sahaja dapat berdiri malah melakukan beberpa aksi yang berisiko tinggi seperti berpusing-pusing di udara.
Kerjasama dan persefahaman yang terjalin antara Debbie dengan anggota pasukannya, membolehkan dia berjaya berdiri atas kaki anggota pasukannya..
Setiap persembahan dan pergerakan semuanya memberi kejutan yang tidak disangka, sekali gus menerima tepukan gemuruh di kalangan penonton.
Rakaman video tersebut ditonton oleh hampir 3.47 juta orang dalam tempoh 3 hari yang singkat.
Ada netizen memberi komen menyatakan : paparan video tersebut membuatkan saya rasa nak nangis, "kasih sayang yang diberikan oleh kawannya telah berjaya merealisasikan impiannya."- CARI
Post time 1-8-2016 12:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Memanglah terharu...
Tapi kalau team aku yang bersaing dengan dia..pastinya aku tak puas hati mereka yang jadi juara.
Kita berhempas pula praktis nak dapatkan jump yang perfect,
Tapi orang lain yang pertunjukannya ok aja, x synchronize dan jump pun sikit2 aja boleh pula jadi juara hanya kerana dia OKU...
Mungkin juri tak pandang pada teknikal saje....tapi semangat sepasukan dan keakrapan antara team member yang lebih terserlah....lagi pun cheering group ni konsepnya bagaimanakah tahap kepercayaaan antara team member untuk melakukan rutin yang diperlukan.