CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Layak Ke Majlis Kahwin Jika Beli Biskut Raya Zain Saidin

27-7-2013 07:28 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 27313| Komen: 164

Description: PETALING JAYA:Peminat pelakon Zain Saidin dan Rozita Che Wan berpeluang menghadiri majlis persandingan pasangan tersebut pada Disember depan dengan syarat menjadi peserta paling banyak membeli biskut ...
PETALING JAYA:  Peminat pelakon Zain Saidin dan Rozita Che Wan berpeluang menghadiri majlis persandingan pasangan tersebut pada Disember depan dengan syarat menjadi peserta paling banyak membeli biskut raya yang dijual aktor itu.

Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata, dia membuka peluang itu kepada lima peminat bertuah yang mana mereka turut diberi ruang untuk menyertai majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri yang akan diadakannya kelak.

“Daripada lima peminat bertuah itu, saya akan memilih tiga daripada mereka berdasarkan siapakah yang membeli biskut paling banyak untuk hadir ke majlis resepsi persandingan saya dengan Cik Ta (Rozita) nanti,” katanya kepada mStar Online di sini pada Khamis.

Menurut Zain, sempena Ramadan ini dia menjual kira-kira 22 jenis biskut ‘Shirin Homemade Cookies’ yang dibuat sendiri oleh seorang ahli keluarganya di Kampung Pandan, dekat sini.

Antara biskut dijualnya ialah tart nanas, mazola, London almond, biskut makmur dan juga suji yang berharga dari RM25 hingga RM28 sebalang.



“Saya sudah lama menjalankan perniagaan ini yang dibuat sendiri oleh nenek saya. Kalau dahulu setiap kali Ramadan, saya menjualnya di Jalan Masjid India tetapi kali ini saya agak sibuk, saya jual secara dalam talian pula,” katanya.

Zain memberitahu biskut Hari Raya yang dijualnya itu dijamin sedap dan rangup kerana dibikin oleh orang berpengalaman selain banyak menggunakan mentega.

Dalam masa yang sama kata Zain, ia juga satu ganjaran kepada para peminatnya apabila mereka yang membeli biskut akan memperoleh peluang tambahan dengan menyertai majlis rumah terbuka dan resepsi perkahwinannya nanti.







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jerukkedondong 26-7-2013 12:46 AM
dah jual sekut raya pulak si zain middleton ni....
Quote RatuDunia94 26-7-2013 12:51 AM
Che Ta pulak? sape paling banyak beli push up bra?
Quote wafeenaulia 26-7-2013 12:55 AM
hahahaha lawak lak..
Quote cikSepiT 26-7-2013 12:59 AM
duit hasil jual kueh dijadikan duet hantaran..
gigih uolss..haha
Quote myariesa 26-7-2013 01:01 AM
ntah jadi kawen ke idak..
Quote jerukkedondong 26-7-2013 01:05 AM
baik punyerrrr
Quote de_ikea 26-7-2013 01:06 AM
iklannn biskut raya lakk
Quote hanezana 26-7-2013 01:40 AM
pndai la wat promo biskut raye
Quote timahterung 26-7-2013 01:53 AM
Kesiannnnn ....
Quote toksira 26-7-2013 02:13 AM
Kenapa la terdesak sangat sampai mcm ni zain?

Tu lah nak sgt kawin dgn rozita....high maintenance tu bro
Quote tora216 26-7-2013 02:16 AM
Gigih sungguh nk bg kuih raye laku..marketing xboleh blah sungguh..xhadap pon nk pegi mjlis kawin they oll dan juge open house raye..
Quote salimrock 26-7-2013 02:17 AM
sapa batak artis buleh la beli banyak2 ye. 2-3 tan mettrik ke...dah tentu dpt jadi pengapit zain sadin dn rozita che wan
Quote munchkin 26-7-2013 04:43 AM
lama tak dengar perkataan "dibikin oleh"
Quote adifrs 26-7-2013 05:45 AM
sekut wat sendiri lagi sedap & berbaloi2...
takpe la zain....time kasih je laa...
Quote rosmahisham 26-7-2013 05:52 AM
sapa yg hadap sgt dgn retis harus beli beratus2 balang he he..x koser tau..knp la iols rasa derang ni mcm x jadi tawen jer...propa je lelebih...
Quote juliez 26-7-2013 06:08 AM


kalau tak jadi kahwin camne?
Quote InVendeTTa 26-7-2013 06:13 AM
hahah...
pandai lak buat bisness
untung2 leh wat belanja harian minah ni
mesti minah ni sunggoh high maintenance
Quote mzzenma 26-7-2013 06:18 AM
gigih nau sape yg beli kuih raya bnyak2 tu semata2 nak g wedding diorg ni

omaigod xkuasa k
Quote machiko 26-7-2013 06:21 AM
tapi nanti mesti ada punya peminat2 tegar yg terhegeh-hegeh membeli berbalang2 kuih raya dia ni..Mesti ada punya la! Nakkan kad jemputan yg sekeping tu punya pasal!

Lihat semua komen(164)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.056081 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top