TS LOO
Jenama fesyen segera terkemuka Sepanyol, Zara dikatakan meniru seni kreatif pihak tertentu? Seorang pelukis ilustrasi dari Los Angeles bernama Tuesday Bassen bukan sahaja mendakwa Zara meniru lukisan ilustrasinya dengan memaparkan carta perbandingan di laman twitter dan Instagramnya, malah membuat kenyataan dengan mengatakan, "Anda tahu tak? Perasaan sebagai seorang anak seni sememangnya teruk, ini kerana syarikat seperti Zara sering mengambil kesempatan, lepas tu pula menafikannya.
Berdasarkan carta perbandingan yang ditunjuk oleh Tuesday Bassen, tidak kira lollipop yang berbentuk hati, pemadam getah atau buku, semua lukisan ilustrasi itu boleh dikatakan agak mirip dengan rekaan syarikat Zara, cuma sedikit berbeza dari segi warnanya. Kemudian, Tuesday Bassen memperbaharui laman twitternya, memuat naik reaksi syarikat Zara berhubung dakwaannya. Menurut Zara, rekaan Tuesday Bassen sangat "mudah", hanya merupakan" rekaan biasa sahaja" ! Wakil peguam syarikat Zara pula berkata, langsung tidak dapat memastikan sama ada rekaan tersebut betul atau tidak dihasilkan oleh Tuesday Bassen. Selar Tuesday Bassen dengan mengatakan, "sebenarnya syarikat berkenaan hanya nak tunjukan Zara adalah sebuah syarikat besar, dan saya hanya merupakan seorang pereka persendirian." Walaupun perkara itu mengecewakan dirinya, tapi dia sedar sekiranya terus mengambil tindakan undang-undang dalam perihal ini memerlukan kos yang banyak untuk mendapatkan peguam dan syarikat Zara turut mengetahui dia memang tidak berkeupayaan. Tuesday Bassen turut memaklumkan, sebanyak AS$2000 telah pun dibayar untuk kos upahan peguam untuk menulis surat guaman kepada Zara. Walau bagaimanapun, Tuesday Bassen menegaskan, dia tetap meneruskan dakwaan ke atas Zara berhubung penyalahgunaan hak harta intelek. Namun sebelum itu, dia akan membuat pendaftaran ke atas semua hasil karyanya yang ada sekarang di Pejabat Hak Cipta Amerika Syarikat. Biarpun Zara tetap mendiamkan diri dalam isu peniruan kali ini, namun perbincangan di media sosial boleh dikatakan rata-rata mengecam Zara, termasuk ada juga yang menunjukkan bukti lain yang mengatakan syarikat tersebut telah dari dulu lagi telah pun banyak kali terlibat dalam kerja-kerja peniruan.- CARI |
21
Bagus |
21
Marah |
13
Terkejut |
17
Sedih |
12
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
fredza replied at 26-7-2016 08:35 AM
zara mana ni..
ADVERTISEMENT