CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kos Untuk Bina Banglo Sebenarnya Jauh Lebih Murah

22-7-2016 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 36438| Komen: 35


Oleh : Dean BZ


Memiliki rumah sendiri terutamanya di kawasan bandar bagaikan suatu mimpi bagi golongan berpendapatan rendah mahupun sederhana. 

Mana tidaknya jika harga sebuah rumah pangsapuri sudah menjangkau RM200 ribu ke atas, itu belum lagi harga untuk rumah teres dan banglo.

Setiap tahun harga rumah semakin naik seiring dengan pembangunan dikawasan perumahan itu. Jadi, ini amat menimbulkan kerisauan buat generasi masa kini dan akan datang jika harga rumah terus naik. Sampai bila nak menyewa rumah orang?

Persoalannya, kenapa harga rumah semakin mahal dan berapa sebenarnya harga kos untuk membina sebuah rumah? Mari kita lihat kira-kira kos yang dikongsikan oleh saudara Putera Farid. 


Jawapan :

Ambil contoh rumah bungalow yang ditawarkan oleh Pemaju Perumah , Harga rumah bungalow antara RM266k ~ RM419k. Harga purata : (266 + 419) / 2 = RM342.5k. Maka Harga Rumah Bungalow yang sederhana dari segi keluasan dan rekabentuk adalah RM 342,000.00 sebuah. Tetapi kita andaikan lebih rendah iaitu = RM320.000.00 sebuah

Kadar Harga Kontraktor per kaki persegi antara RM105 ~ RM125. Ini adalah harga standard bagi sebuah banglo. Andaikan RM110 per ka persegi. Sekadar contoh ambo ambil keluasan 1650ft2 termasuk porch

Luas lantai = 1400 ft2, Maka Harga bagi luas lantai kawasan yang berdinding (build up area) adalah RM110 x 1400ft2 = RM154,000.00. Kawasan yang tidak berdinding spt porch, varendah dll.

Gross area 1650ft2 – build up area 1400ft2 = 250ft2

Bagi kawasan yang tidak berdinding harga standard sekitar RM65 ~ RM75per ft2. Andaikan RM70/ft2, Maka harganya adalah RM70 x 250ft2 = RM17,500.00. Kos pembinaan rumah tidak termasuk pagar = RM154,000.00 + RM17,500.00 = RM171,500.00

Kos pembinaan pagar batu-bata diikat setinggi 600mm dan disambungkan dgn. pagar berangkai (chain link) setinggi 900mm termasuk pre cast tiang pada setiap 3.0meter. = RM 22,000.00

KOS PEMBINAAN BUNGALOW RM 171,500.00
KOS PEMBINAAN PAGAR + RM 22,000.00
_____________________________________________
HARGA KONTRAKTOR = RM 193,500.00
NILAI TANAH TAPAK RUMAH = RM 95,000.00
——————————————————————————–
JUMLAH KESELURUHAN = RM 288,500.00
========================================
HARGA YANG DITAWARKAN OLEH PEMAJU = RM 320,000.00
HARGA BUNGALOW TERSEBUT = RM 288,500.00
——————————————————————————-
MAKA KEUNTUNGAN PEMAJU = RM 31,500.00
==============================================

SEKARANG AMBO TUNJUKKAN BERAPA BANYAK DUIT YANG DAPAT ANDA JIMATKAN JIKA MENGURUS SENDIRI PEMBINAAN RUMAH ANDA/ANDA SEBAGAI KONTRAKTOR UNTUK KENALAN ANDA….
HARGA KONTRAKTOR = RM 193,500.00

Jika nak mengurus sendiri pembinaan rumah anda kena cari dan direct deal dengan tukang rumah.
Kadar Harga semasa tukang rumah adalah sekitar RM18 ~ RM24 per ft2. Jika seperti bungalow kadar harganya adalah RM21 atau RM22/ft2. Ambo andaikan RM22/ft2

Maka harga upah tukang rumah bagi luas lantai yang berdinding adalah
RM22 x 1400ft2 = RM30,800.00
Bagi carporch, varendah dll. kadar upah adalah RM14/ft2
maka upahnya adalah RM14 x 250 = RM 3,500.00
Upah bina pagar RM 6,000.00
Oleh itu RM30,800.00
+RM 3,500.00
+RM 6,000.00
_________________________
RM40,300.00
Lain-lain kerja/kos yang berkaitan:-
Upah kerja mengecat————pukal———————RM2,500.00
Upah pasang jubin lantai dan dinding—per ft2 dan pukal—-RM3,500.00.00
Pintu Sliding (pemasangan + bahan)———-pukal—————–RM1,700.00
Kerja letrik (kerja pendawaian + barang + deposit TNB)——RM6,000.00
kerja paip (kerja pemasangan + barang + deposit JBA)—-pukal———–RM4,000.00
Sewa mesin pengorek tanah (backhoe)——-anggaran——RM2,000.00
Mesin pembancuh konkrit————-RM400/bulan———-RM2,400.00
Kos luar jangka——————-anggaran—————–RM1,000.00
Kos pengurusan———————————-anggaran———————————RM2,000.00
________________________________________________________________JUMLAH LAIN-LAIN KOS YANG BERKAITAN = RM25,100.00=================================================================

Sekarang ambo tunjukkan berapa banyak duit yang dapat anda jimatkan jika mengurus sendiri pembinaan rumah anda….Harga kontraktor = RM 193,500.00. Jika nak mengurus sendiri pembinaan rumah anda kena cari dan direct deal dengan tukang rumah.
Kadar Harga semasa tukang rumah adalah sekitar RM18 ~ RM24 per sqft2. Jika seperti imej bungalow di atas kadar KOS UPAH TUKANG KESELURUHAN + BEKALAN LETRIK DAN AIR
RM40,300.00 + RM 25,100.00 = RM65,400.00
SECARA ASASNYA KOS PEMBINAAN RUMAH DIPECAHKAN KEPADA 3 PERKARA IAITU:-
BAHAN BINAAN———————–1/3
UPAH TUKANG/PEKERJA——–1/3
KEUNTUNGAN KONTRAKTOR—1/3
KIRAAN HARGA KONTRAKTOR ADALAH RM 193,500.00
TOLAK UPAH TUKANG / PEKERJA RM 65,400.00
_______________________
= RM 128,100.00
ANGGARAN KOS BAHAN BINAAN DAN KEUNTUNGAN KONTRAKTOR
RM 128,100.00 / 2 = RM64,050.00
MAKA RINGKASAN ANGGARAN KOS BAGI PEMBINAAN RUMAH BUNGALOW
KOS BAHAN BINAAN =RM64,050.00
KOS UPAH TUKANG/PEKERJA =RM65,400.00
KEUNTUNGAN KONTRAKTOR =RM64,050.00
______________________________________________________
RM 193,500.00
=============================
Daripada Analisa Kos Pembinaan Rumah Bungalow di atas didapati keuntungan yang diperolehi oleh kontraktor yang anda lantik adalah RM64,050.00. Jadi kenapa anda tidak berminat untuk membina rumah sendiri ataupun menjadi kontraktor binaan untuk mengurus dan membina rumah orang lain.

Kerana itu kos untuk pembinaan rumah di kawasan luar bandar jauh lebih murah berbanding dibandar yang dibina oleh pemaju. Jadi, keputusan ditangan anda untuk membuat pilihan membina rumah sendiri (dengan rekabentuk sendiri) di kawasan yang jauh sedikit dari bandar, atau beli sahaja rumah yang sudah siap dibina dengan harga yang tinggi dibandar. - CARI




Sumber rujukan - ohmymedia.tv

28

Bagus
17

Marah
9

Terkejut
20

Sedih
9

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (93 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shark 22-7-2016 12:03 PM
nak buat sendiri pun tanah tak ada.. duit pun.huhu
Quote KhaiCandyB 22-7-2016 12:04 PM
Betul murah je sebenarnya tapi contractor ambil untung tinggi...sbb contractor ade resources untuk buat
Quote eizarz 22-7-2016 12:54 PM
cantik lak rumah kat gambar tu,area mana tu?teringin nak beli..
Quote leylapple 22-7-2016 01:04 PM
kalo nak murah buat lah sendiri...

jgn lupa ya..kat atas tu mungkin anggaran sendiri...blm lagi termasuk dgn harga jauh/dekat dari supplier barang, harga nak cepat siap...harga m&e

harga building approval, testing and commissioning

lom lagi termasuk dgn harga tanah....harga tanah nie subject tanah jenis apa, kawasan kat mana...masih parent lot atau sudah subdivide? tanah maih status agriculture atau mix zone?

err..piling dan tembok tanah dah masuk?

so, nie yang membezakan harga tanah yang pemaju buat dgn kita sendiri buat yer
Quote kiambang 22-7-2016 01:24 PM
Ada tanah sendiri n duit bolehlah bina..quality terjamin n boleh design ap yg kita suka.. beli developer nie quality mcm hampeh... mahal je lebih..
Quote azimodin 22-7-2016 02:31 PM
leylapple replied at 22-7-2016 05:04 AM
kalo nak murah buat lah sendiri...

jgn lupa ya..kat atas tu mungkin anggaran sendiri...blm lagi t ...

Khen... Kalau nak murah buat sendiri. Sebenarnya sakit kepala jugak kalau uruskan nak bina rumah atas tanah sendiri, kdg2 lepas siap pon pahat berbunyi. Sama je kalau beli rumah siap.
Quote epis 22-7-2016 03:34 PM
tapi tetap kene minta kelulusan dari pbt, so kene hire architect.. then kene juga la hire engineer ape sume... last2 sama je mahalnye...
Quote Tapayana 22-7-2016 07:38 PM
Kampung iolss takde pemaju pun. Tapi kos bina rumah tetap mahal. Bina rumah  batu setingkat je kalau takde 200 000 mmg tak jalan la projek.
Quote zorrro_03 22-7-2016 10:37 PM
buat sendiri mcm semut.  angkut sikit2.  ada masa lapang weekend dan kelepasan berkampung di tapak.  bina stor dulu, simpan benda2 pembinaan dalam tu.  boleh buat sebenar2 nya.  nak tak nak je.  mula kan dengan asas need dulu.  buat tapak dan ketinggian utk extended akan datang.  


beli peralatan asas ie power tools spt gergaji, pahat tukul, leveler, drill, grinder, circular saw, skop, cangkul, cak bentul .  kos utk peralatan ni dalam +- RM1500.00 mengambil kira peralatan adalah yg agak berjenama.  elakkan membeli peralatan cap ayam ie starke dan cap lain2 yg murah. ia akan melambat kan kerja tak selamat.  nak tahu brand apa tanya

lepas tu mula bina stor, simpan simen agak2 5 bag dalam satu masa.  jgn banyak sebab korang tak sempat habiskan dan ia akan mula keras,  membazir.  

utk binaan asas tapak dan kerjatanah, korang boleh runding dgn mana2 tukang utk siapkannya (bangla). upah sehari +- RM100x2.  korang lead. dalam 5 hari kerja ni akan siap termasuk kokrit. bangla boleh keluar dulu. korang teruskan kerja formwork utk tiang.  satu demi satu. pasti kan kedudukan adalah betul,  check level guna peralatan yang betul

kalau korang ada bajet, beli mixer mini.  +-RM500.00  kalau pandai cari yg terpakai.  

formwork tu boleh pakai berulang kali sampai siap semua tiang yg diperlukan.  aku bajet dalam 14 tiang utk rumah keluasan standard.  katakan sehari dapat siapkan satu tiang (offkos siap sehari satu) so perlu kan 14 hari.  

lepas tu boleh hire bangla lagi sekali utk assist pemasangan rc (besi ni korang boleh potong dan ikat sendiri) dan form work beam atas.  sebab agak sukar utk buat sorang.  so makan masa 2@3 hari di situ.  lepas tu bangla keluar, korang boleh tuang konkrit sendiri. beli scaffolding terpakai 6 set.  yang terpakai dalam RM20 satu set.   kerja ni mungkin makan masa 5-6 hari.  kena pandai bajet lah.  


itu saja setakat ni.  jgn pening2.  take it easy. kita budayakan diy. kalau perlu nnt sambung.  kalau tak perlu cukup sampai di sini sayang.....   
Quote furbythecat 23-7-2016 07:00 AM
menarik.. bleh plan for future utk rumah sndri ni..
Quote mujer_in_espejo 24-7-2016 12:49 AM
Kalau ada tanah sendiri lebih baik buat rumah sndri. Tapi bagi org2 yg xdak tanah n blum bkluarga, satu hal lagi nak cari tanah, pelan rmh, nk pikir cari kntraktor yg bgus, nk cari material2 nk bt rmh.  Yg ada somi, ada ayah ada bradik laki yg boleh diharap utk bina rmh sdri tu, untunglah.

Tapi bg single ladies, xdak sapa2...beli rmh teres dgn pemaju,  dlm kwsn perumahan itu pilihan yg lebih mudah. Beli di kwsn pinggir bandar dah ok.. harga dlm 320K atau lebih. Bergantung dgn situasi kita lah. Klu mampu, beli sebelum usia 30. Bila dah nk dkat pencen n dah bkluarga, klu msa tu dah dpt tnh, beli n buat rmh impian utk masa persaraan.
Quote alieyrina 24-7-2016 04:49 PM
Tanah husben ada la kt kampung..tp nak buat rumah kami xdak modal pulak..tua esok baru dapat buat agak nya...
Quote misscendol 24-7-2016 11:39 PM
mmg murah. tp tau lah developer skrg main sedap je mark up harga mahal2. kerajaan pon xkawal harga yg melampau mahal
Quote babynina30 25-7-2016 12:29 AM
Skrg rumah dah jutaan
Quote lurve82 25-7-2016 09:40 AM
aku bajet lg 7 thn nk buat umah atas tanah yg dh ku beli 2 thn lpas...tgk adik ipar dgn kwn upah indon jah buat sndr...tp kena rajin gi pantau..tu pun byk gak isu..so aku cadg nk amik je developer...mls nk pk byk2...cuma mungkin barg tu aku beli dan cari sndr...dorg just buat ikut plan...tgh kumpul duit..harap blh la kumpul...
Quote ReeArahaz 25-7-2016 09:52 AM
emmm mmg  kos buat banglow atas tanah sendiri jauh lebih murah....kalo ade tanah pon kat kg, keje kat kl nak tanak kene jgk hadap dgn harga rumah yg ade...
Quote babypureen 25-7-2016 12:17 PM
klau ada tanah and pandai buat rumah sendiri mmg boleh jimat byk.....
Quote farhana008 30-7-2016 03:22 PM
Cousin iols penah buat 20 tahun dulu. Asalnya dia beli rumah tu dr orang terdesak yg byk hutang. Rumah yg  deols beli mmg kecik asalnya tapi kawasan luar rumah luas gila.  keje suami sheols setiap minggu besarkan rumah sendiri sikit2 dan cari barang binaan sendiri.  Tapi take time juga nak siapkan sbb sominya keje opis hour.
Quote green~tea 31-7-2016 12:45 AM
Mmg untung buat sendiri.. Sbb ayah iols contractor so mmg ada acces to pekerja & cheap bahan binaan from supplier...

Bukan takat wat rumah sendiri, dah buat resort, hotel, shophouses pun sendiri.. Utk kegunaan sendiri lah, bukan utk jual..

Pernah buat rumah semi-d... Jual murah dari pasaran & mmg ada pembeli.. Cumanya untung jualan tu siap buleh cover rumah semi-d lagi sebijik... Kami dpt umah free je kiranya

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.074499 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top