oleh Adib Za Memang menjadi kelaziman, pada musim perayaan ini ramai ibu bapa yang mengalami 'kekeringan duit poket' selepas berbelanja lebih dari biasa untuk keperluan hari raya.
Manakala, anak-anak pula merupakan golongan paling gembira kerana mendapat 'durian runtuh' dengan duit raya yang diberikan kepada mereka ketika raya. Pada waktu inilah ramai ibu bapa yang mula meminjam duit raya anak-anak mereka. Nampaknya, ia bukan isu terpencil, bila diutarakan di laman sosial, ia telah mendapat perhatian ramai dan pengalaman sama. Persoalannya, berdosakah menggunakan duit anak-anak anda? Ternyata perlakuan menggunakan duit raya anak-anak adalah tidak dibenarkan, pendek kata haram digunakan dari sudut pandangan Islam. Lebih-lebih lagi digunakan untuk tujuan peribadi. Apa salah anak anda menerima duit raya? Seharusnya, anda sebagai penjaga memberi sokongan dengan menggalakkan mereka menyimpan di dalam bank.
Menjawab soalan ini, penceramah Ustaz Azhar Idrus turut menekankan, ibu bapa tidak berhak mengambil dan menggunakan duit raya anak-anak mereka. "Perkara ini selalu berlaku dalam masyarakat kita. Ada yang menggunakan duit raya anak-anak untuk membeli sport, spoiler dan lain-lain. "Haram guna duit raya anak-anak untuk kepentingan diri. "Namun boleh gunakan duit raya anak-anak sekiranya dalam keadaan terdesak seperti bekalan elektrik hendak dipotong sebab tak bayar. "Yang mana masalah itu juga akan mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak. Jadi boleh gunakan duit raya anak-anak untuk membayar bil itu. "Namun, wajib membayar balik dan dibayar segera." - CARI |
20
Bagus |
14
Marah |
18
Terkejut |
11
Sedih |
9
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Artemesiaa replied at 21-7-2016 04:54 PM
Minggu terakhir sebelum bergaji semula ni ramai mak pak yg sesak sampaikan duit anak dlm account sim ...
rastaf replied at 21-7-2016 05:17 PM
guna bayar balik ok kot.kalau guna buat beli nombor ekor tu yang haram
Artemesiaa replied at 21-7-2016 05:24 PM
Bab bayar balik tu le in doubt berapa ramai sgt yang betul2 bayar balik seperti yang dikata. Ada ...
rastaf replied at 21-7-2016 05:21 PM
wartawan ni minat mariah carey ke
prettyuglybabe replied at 21-7-2016 05:42 PM
duit bini pun selamba disapu sampai licin gaji.. ni kan pulak duit anak-anak
32kW replied at 22-7-2016 09:35 AM
Iols & husband ada gak pinjam duit raya anak bukan sebab takde duit nak tunggu gaji tapi sebab nak g ...
ADVERTISEMENT