oleh Adib Za Kemaskini 3.30 petang Berita kegagalan rampasan kuasa di Turki telah disahkan oleh Kedutaan Turki di Malaysia hari ini. Pihak itu menyebut dan menegaskan bahasa kerajaan Presiden Recep Tayyip Erdogan masih berkuasa. Menerusi laporan Bernama, pihak kedutaan itu juga menafikan pembabitan angkatan tentera Turki secara keseluruhan. Sebaliknya ia dikendalikan oleh kuncu-kuncu dalam kalangan angkatan tentera di negara itu. - CARI Kemaskini 10.45 pagi Selepas lebih 5 jam 'menakluk' negara Turki, akhirnya kumpulan tentera yang cuba merampas kuasa telah gagal dalam misi tersebut. Kira-kira 13 tentera Turki yang menjadi sebahagian daripada kumpulan perampas menyerahkan senjata selepas mereka dikepung polis bersenjata di Dataran Taksim. Kumpulan itu akhirnya telah menyerah diri dan dibawa menaiki van polis. Dalam pada itu, dilaporkan sekurang-kurang 42 orang terbunuh dalam insiden itu termasuk 17 orang pegawai polis. - CARI Kemaskini 9.00 pagi Satu rampasan kuasa kerajaan di negara Turki telah dilancarkan pada awal Sabtu oleh tentera negara itu. Pasukan tentera dilihat mengawal jalan-jalan utama di Ankara dan juga Istanbul, sambil jet pejuang kelihatan terbang rendah di ibu negara. Selain itu, adanya laporan yang menyatakan tentang berlakunya letupan kuat pada waktu malam itu. Dalam pada itu, pihak tentera telah mengeluarkan kenyataan yang berbunyi, "Kuasa di negara ini telah dirampas secara keseluruhan." Rampasan kuasa itu dikatakan dilancarkan untuk memastikan dan mengembalikan perintah perlembagaan, demokrasi, hak asasi manusia dan kebebasan serta membiarkan keluhuran undang-undang negara itu digunapakai. Buat masa ini pihak tentera juga telah mengisyhtiharkan undang-undang tentera dan perintah berkurung serta digelar sebagai "Majlis Keamanaan", seperti yang disampaikan menerusi siaran TV tempatan. - CARI Sumber: CNN, BBC, mStar
|
6
Bagus |
4
Marah |
15
Terkejut |
16
Sedih |
5
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mbhcsf replied at 16-7-2016 05:52 AM
ada ura ura i tatau benar ke tak setela Brexit ni - ade pihak yg berminat nak suruh turki masuk eu ...
catalina replied at 16-7-2016 06:37 AM
Turki mmg nak masuk EU dr dulu lagi cuma tak dpt2 aje.
catalina replied at 15-7-2016 10:37 PM
Turki mmg nak masuk EU dr dulu lagi cuma tak dpt2 aje.
ResellerMaxis replied at 16-7-2016 06:27 AM
Lambat sungguh..turki dah hampir musnah dikerjakan oleh erdogan..
mbhcsf replied at 16-7-2016 05:52 AM
ada ura ura i tatau benar ke tak setela Brexit ni - ade pihak yg berminat nak suruh turki masuk eu ...
Esmiria replied at 16-7-2016 08:11 AM
istanbul yg cntik dh perang.Seme x bermint gi sna.like syria. Jgn mesia jdi cmtu sudahle
ADVERTISEMENT