CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kari Hijau Thai Makin Popular, Sekali Pandang Seperti Masakan Kurma

14-7-2016 11:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7511| Komen: 12

oleh Adib Za

Bagi anda yang meminati makanan Thai, paling tidak wajiblah mencuba pelbagai jenis karinya. 

Makanan Thai memang terkenal dengan variasi karinya seperti kari merah, kuning dan hijau. Begitu juga dengan kari Panang, Massamam dan sebagainya. 


Sebagai permulaan jika anda berkunjung ke Thailand boleh mencuba kari hijaunya!

Lazimnya ayam sering dijadikan bahan utama, dan ia memiliki rasa yang pedas, manis dan berempah dalam masa sama. Aromanya juga sangat harum dan menusuk ke hidung. Sangat menyelerakan. 




Sangat enak dimakan dengan nasi kukus yang dihidang panas-panas. Antara rempah yang digunakan dalam penyediaan kari hijau Thai ialah cili hijau, santan, akar ketumbar dan sebagainya. 


Rasanya haruslah seimbang, tidak boleh terlalu pedas sahaja, sebaliknya ditambah dengan elemen berkrim, sedikit masin dan manis. 

Sekali pandang, anda mungkin akan teringatkan makanan tempatan di Malaysia iaitu ayam masak kurma. Selain ayam, ia turut ditambah dengan sayur-sayuran seperti terung dan juga kentang serta hirisan cili merah. 

Kini di Malaysia juga telah banyak kafe atau restoran yang memasukkan kari hijau yang halal sebagai menu mereka. Antara lokasi yang anda boleh kunjungi ialah restoran De' Thai di Oasis Damansara, restoran Thai Somtam Seafood di Bukit Bintang dan juga restoran Jemari di Kelana Jaya serta Shah Alam.

Yang penting jangan takut-takut mencuba! Pasti tak menyesal! - CARI


Sumber foto: Carian google

11

Bagus
3

Marah
9

Terkejut
15

Sedih
1

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yusryimran 15-7-2016 08:44 AM
nampak mcm sedap sangat.. tu hari ada nampak @ Aeon Big ada jual Thai Green Curry Paste.. tapi x terfikir pula nak beli.. nak cuba jugalah masak green curry ni.. ada sesiapa tahu nak buat paste nya??
Quote nonok22 15-7-2016 11:34 AM
Tak pernah rasa lg
Quote hayati_hassan 15-7-2016 11:39 AM
penah makan time kat krabi
memang sedap
Quote kimchipedas 15-7-2016 02:23 PM
Selalu mkn kat restoran chili padi mmg favourite dish..
Quote CARI-MAMS 15-7-2016 03:50 PM
di Jemari mmg sodap...ada di KJ dan SA
Quote MissVixen 18-7-2016 01:57 PM
yusryimran replied at 15-7-2016 08:44 AM
nampak mcm sedap sangat.. tu hari ada nampak @ Aeon Big ada jual Thai Green Curry Paste.. tapi x ter ...

beli je paste. senang sangat. tumis paste. campak serai, daun limau purut, cili padi, terung. ubuh ayam/ikan salai. ubuh air, santan. siap. sodapppp. rm10 je sebotol. boleh 4-5x masak.
Quote yusryimran 18-7-2016 03:56 PM
MissVixen replied at 18-7-2016 01:57 PM
beli je paste. senang sangat. tumis paste. campak serai, daun limau purut, cili padi, terung. ubuh ...

Thanks for the info
Quote me12345 19-7-2016 08:00 PM
Slalu beli instant paste..mmg jadik
Quote misscendol 19-7-2016 08:00 PM
makanan thailand selalu menepati citarasaku. harus dicubaain
Quote swayne 29-7-2016 07:36 AM
pernah makan. memang sedap.
Quote mesmerize 29-7-2016 06:01 PM
kat mana2 restaurant thai yg glamer2 mmg kompem ada.. sedap betul..
Quote misscendol 6-8-2016 06:29 PM
macam makanan thai jer

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.047124 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top