oleh Adib Za
Bagi anda yang meminati makanan Thai, paling tidak wajiblah mencuba pelbagai jenis karinya.
Makanan Thai memang terkenal dengan variasi karinya seperti kari merah, kuning dan hijau. Begitu juga dengan kari Panang, Massamam dan sebagainya.
Sebagai permulaan jika anda berkunjung ke Thailand boleh mencuba kari hijaunya!
Lazimnya ayam sering dijadikan bahan utama, dan ia memiliki rasa yang pedas, manis dan berempah dalam masa sama. Aromanya juga sangat harum dan menusuk ke hidung. Sangat menyelerakan.
Sangat enak dimakan dengan nasi kukus yang dihidang panas-panas. Antara rempah yang digunakan dalam penyediaan kari hijau Thai ialah cili hijau, santan, akar ketumbar dan sebagainya.
Rasanya haruslah seimbang, tidak boleh terlalu pedas sahaja, sebaliknya ditambah dengan elemen berkrim, sedikit masin dan manis.
Sekali pandang, anda mungkin akan teringatkan makanan tempatan di Malaysia iaitu ayam masak kurma. Selain ayam, ia turut ditambah dengan sayur-sayuran seperti terung dan juga kentang serta hirisan cili merah.
Kini di Malaysia juga telah banyak kafe atau restoran yang memasukkan kari hijau yang halal sebagai menu mereka. Antara lokasi yang anda boleh kunjungi ialah restoran De' Thai di Oasis Damansara, restoran Thai Somtam Seafood di Bukit Bintang dan juga restoran Jemari di Kelana Jaya serta Shah Alam.
Yang penting jangan takut-takut mencuba! Pasti tak menyesal! - CARI
Sumber foto: Carian google |