Oleh : TS LOO
China tidak mempunyai asas undang-undang untuk membuat tuntutan 'hak sejarah' ke atas gugusan pulau di Laut China Selatan. Perkara yang sekian lama mencetus ketegangan di Asia Tenggara itu diputuskan Tribunal Timbang Tara yang berpangkalan di The Hague pada Selasa, lapor AFP. "Pihak tribunal merumuskan bahawa tiada asas undang-undang bagi China untuk mendakwa hak-hak sejarah di sembilan titik garisan di kawasan laut berkenaan," ujar Tribunal itu dalam satu kenyataan. Bagaimana pun, menurut laporan media tempatan, China 'tidak menerima dan mengiktiraf' keputusan Tribunal Timbang Tara dalam kes tuntutannya ke atas Laut China Selatan dengan Filipina.
Agensi berita Xinhua semalam melaporkan reaksi berkenaan, tanpa disertakan identiti sumber, berikutan Tribunal yang berpangkalan di The Hague itu memutuskan bahawa China tidak mempunyai hak sejarah di sembilan titik garisan di kawasan berkenaan. Sementara itu, negara-negara Asia Tenggara dan Washington khuatir sekiranya China mengenakan kawalan ketenteraan di keseluruhan Laut China Selatan. Beijing dalam bulan-bulan kebelakangan ini telah membina struktur yang besar termasuk sistem radar dan pangkalan udara di kawasan-kawasan yang dipertikaikan.- CARI
|
21
Bagus |
22
Marah |
20
Terkejut |
12
Sedih |
15
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
OmJualGas replied at 12-7-2016 08:43 PM
Ini bererti perangggg...
cmf_almondpecan replied at 12-7-2016 09:21 PM
Keputusan ni mmg telah dijangka berasaskan undang2 laut antarabangsa. Penghakiman penuh ada 501 muka ...
Dari point ini, bagi saya, Filipina perlu menggugurkan tuntutan ke atas Sabah yg juga berasakan historical rights sekiranya ia hendak menegakkan keputusan tribunal ini.
cmf_almondpecan replied at 12-7-2016 09:42 PM
Dalam peta ini ada kesilapan iaitu frasa "disputed islands" yg bertanda bintik2 kuning. Frasa yg bet ...
mbhcsf replied at 12-7-2016 08:00 PM
interesting la maritime affairs ni...so ...apa reaksi China ....dah arbitration ( The Hague ) sidin ...
dauswq replied at 12-7-2016 10:00 PM
risau lak ape jadi dgn pulau layang-layang yg ditambak
jap nak pastikan , kptsn ni bukan berma ...
cmf_almondpecan replied at 12-7-2016 09:21 PM
Keputusan ni mmg telah dijangka berasaskan undang2 laut antarabangsa. Penghakiman penuh ada 501 muka ...
noraidil_06 replied at 12-7-2016 11:08 PM
U tulis ni? Interesting
cmf_almondpecan replied at 12-7-2016 09:21 PM
Keputusan ni mmg telah dijangka berasaskan undang2 laut antarabangsa. Penghakiman penuh ada 501 muka ...
ADVERTISEMENT