Oleh : TS LOO Hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dihadapkan ke mahkamah atas dua dakwaan kesalahan rasuah. Namun, Lim Guan Eng tidak mengaku bersalah dan meminta kesnya dibicarakan, mahkamah menetapkan sebutan semula pada 22 September untuk pengurusan kes.
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membenarkan Lim Guan Eng diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin bagi kedua-dua tuduhan. Mahkamah Tinggi Pulau Pinang turut membenarkan Lim Guan Eng menyimpan sendiri pasportnya, tetapi dengan syarat jika LGE ingin ke luar negera perlu memaklumkan pihak mahkamah dan peguam negara dua hari sebelum berlepas. Tuduhan pertama, LGE sebagai seorang penjawat awam, pada 18hb Julai 2014, menyalahgunakan kuasanya untuk memanfaatkan dirinya dan isteri dengan meluluskan pengezonan semula sebidang tanah kepada Magnificient Emblem Sdn Bhd, justeru didapati bersalah dibawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009. Pertuduhan kedua, LGE didakwa bersubahat dengan ahli perniagaan wanita yang juga pemilik banglo tersebut, Phang Li Khoon untuk mendapatkan "hartanah bernilai ' RM2.5 juta yang diketahuinya berada di bawah nilai pasaran sebagai nilai harta yang ketika itu adalah RM4.27 juta, maka didapati bersalah dibawah Seksyen 165 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Manakala Phang Li Khoon turut mengaku tidak bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin tanpa syarat tambahan. Dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi, Lim Guan Eng menegaskan tindakan dakwaan peguam negara ke atasnya adalah satu penganiayaan politik semata-mata. Berikut adalah turutan Lim Guan Eng dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan tersebut : 1.38pm : Lim Guan Eng : BN boleh terus menggunakan pelbagai cara untuk menfitnahkan saya, namun mereka tidak akan berjaya memputar belitkan fakta dalam isu ini. Sama juga BN cuba untuk memecah belahkan Pakatan Harapan juga akan berdepan kegagalan. 1.33pm : Lim Guan Eng : "Saya rela mati berdiri, tak rela hidup menunduk!" 1.26 pm : Lim Guan Eng turut menegaskan pihak lain tidak wajar membandingkan kes pembelian tersebut dengan kes pembelian tanah dan banglo di Shah Alam oleh Khir Toyo, ini kerana penjual tanah dan banglo yang terlibat dalam kes Khir Toyo adalah seorang kontraktor pembangunan perumahan, tetapi penjualnya Phang Li Khoon hanya seorang peniaga sahaja. 1.22pm: Menurut Lim Guan Eng, kedua-dua tuduhan rasuah itu semata-mata merupakan tindakan penganiayaan politik! Tegas LGE, dia sudah banyak kali mengatakan urusan jual beli berkenaan adalah atas suka sama suka, tiada sebarang agenda politik. sumber : laman facebook rasmi Oriental Dialy News 1.17pm : Lim Guan Eng mengadakan sidang media bersama pemimpin Pakatan Harapan. 12.52pm : Kini semua pihak bersedia untuk sidang media yang akan diadakan LGE. 12.49pm : Menurut Gobind Singh Deo, dia akan mengetuai satu pasukan peguam yang terdiri daripada Ramkarpal Singh, M Kulasegaran dan RSN Rayer akan ditubuhkan. 12.34pm : Dalam pada itu, turut dinyatakan dalam facebook LGE, hakim mahkamah tinggi memilih tarikh 22hb September, jam 9 pagi untuk menjalankan pengurusan kes penuduhan rasuah Lim Guan Eng. Untuk kes tuduhan Phang Li Khoon samada dijalankan pada tarikh yang sama, masih belum dikenal pasti lagi. 12.26pm : Menurut akaun facebook rasmi Lim Guan Eng, satu kenyataan dimuat naik yang mengatakan sidang media bakal diadakan kemudian. 12,07pm : Menurut laporan Bernama, Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rasuah berkaitan lot tanah dan banglo. Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membenarkan Lim Guan Eng diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin bagi kedua-dua tuduhan. Mahkamah Tinggi Pulau Pinang turut membenarkan Lim Guan Eng menyimpan sendiri pasportnya, tetapi dengan syarat jika LGE ingin ke luar negera perlu memaklumkan pihak mahkamah dan peguam negara dua hari sebelum berlepas. Manakala Phang Li Khoon pula dibenarkan ikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin tanpa syarat tambahan. 11.30am : Tuduhan pertama, LGE sebagai seorang penjawat awam, pada 18hb Julai 2014, menyalahgunakan kuasanya untuk memanfaatkan dirinya dan isteri dengan meluluskan pengezonan semula sebidang tanah kepada Magnificient Emblem Sdn Bhd, justeru didapati bersalah dibawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009. Pertuduhan kedua, LGE didakwa bersubahat dengan ahli perniagaan wanita yang juga pemilik banglo tersebut, Phang Li Khoon untuk mendapatkan "hartanah bernilai ' RM2.5 juta yang diketahuinya berada di bawah nilai pasaran sebagai nilai harta yang ketika itu adalah RM4.27 juta, maka didapati bersalah dibawah Seksyen 165 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Manakala Phang didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan. 10.58am : Peguam negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memohon kes terbabit dipindahkan ke mahkamah tinggi Pulau Pinang daripada mahkamah sesyen. Hakim mahkamah sesyen mengumumkan penyerahan kes tersebut kepada mahkamah tinggi Pulau Pinang untuk sebutan hari ini. 10.30am : Peguam negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali tiba di mahkamah, kedengaran penyokong LGE mengeboo di luar mahkamah. 10.20am : Ahli keluarga Lim Guan Eng termasuk ayahnya Lim Kit Siang, ibunya, isteri dan anak serta adik perempuannya hadir ke mahkamah untuk mendengar perbicaraan. Ibu LGE kelihatan sedih dan pilu apabila anaknya bakal berdepan dakwaan rasuah. 10.18am: LGE dibawa ke mahkamah sesyen Georgetown, Pulau Pinang, semua jalan yang menuju ke arah mahkamah dibanjiri penyokong LGE. Laungan Bebaskan LGE kedengaran. 0955: LGE Dibawa ke mahkamah sesyen untuk pendakwaan 2 tuduhan kes rasuah dengan kereta yang disediakan SPRM. 0905: Wakil Peguam LGE, Gobind Singh dan Ramkarpal Singh tiba di mahkamah sesyen, Georgetown, Pulau Pinang. |
5
Bagus |
7
Marah |
4
Terkejut |
6
Sedih |
6
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Samm_BM replied at 30-6-2016 11:01 AM
Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang berharap agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ...
Ada beberapa set isu dalam naratif cerita pembelian rumah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan hubungannya dengan penjualan tanah Taman Manggis oleh kerajaan negeri yang dipimpin olehnya.
Pertama adalah soal jual beli rumah pada harga yang didakwa tidak setara dengan harga pasaran, sama ada diskaun yang didakwa adalah dibolehkan, dan sama ada diskaun itu mempunyai tujuan tertentu yang boleh ditafsirkan sebagai korupsi.
Kedua adalah soal dakwaan hubungkait pemunya asal rumah Lim Guan Eng dengan urusniaga jual beli tanah Taman Manggis antara kerajaan negeri Pulau Pinang dengan pihak yang berjaya membeli tanah tersebut, KLIDC.
Ketiga adalah soal sama ada tanah Taman Manggis telah diubah status dan fungsinya sehingga mengorbankan nasib keluarga-keluarga yang sepatutnya mendapat kediaman bantuan kerajaan di atas tanah yang kononnya diperuntukkan untuk projek perumahan rakyat.
Tiada paksaan, tidak sama kes Khir Toyo
Bagi menjawab soalan pertama, kita telah dipersembahkan dengan kenyataan bersumpah Phang Li Koon yang menyatakan dengan jelas bahawa rumah yang dimilikinya telah disewakan kepada keluarga Lim Guan Eng sepanjang tujuh tahun lalu sejak beliau menjadi Ketua Menteri pada kadar RM5,000 sebulan.
Rumah tersebut kemudian dijualkan kepada Guan Eng dengan satu harga yang dipersetujui, tanpa paksaan dan tanpa sebarang janji balas. Berbeza dengan Dr Mohd Khir Toyo, di mana pihak yang menjual terpaksa memberi keterangan di kandang saksi bahawa beliau dipaksa untuk menjual hartanahnya pada harga yang jauh lebih murah.
Dan lagi, harga pasaran bukanlah harga yang harus dituruti. Malah Phang Li Koon boleh sahaja memberi rumah tersebut secara percuma kepada keluarga Ketua Menteri, dan masih tidak melanggar sebarang undang-undang kerana pindah milik boleh sahaja berlaku tanpa sebarang balasan kewangan pun.
Phang Li Khoon turut bersaksi bahawa beliau tidak mempunyai hubungkait dengan syarikat KLIDC yang memenangi tender jualan tanah Taman Manggis serta tidak mempunyai sebarang hubungan yang memberi faedah kepadanya hasil jualan rumah kepada Lim Guan Eng.
Laman web Invest Penang adalah sekadar laman direktori syarikat-syarikat yang terlibat dalam pelaburan di negeri Pulau Pinang. Sama seperti buku telefon. Ia tidak melambangkan mahupun membuktikan sebarang pertalian kepentingan antara pihak tersenarai dengan aparat kerajaan negeri.
Tiada kaitan jual rumah dengan Taman Manggis
Ini lantas menjawab persoalan kedua, tentang pertalian antara Phang Li Koon, Lim Guan Eng dan jual beli Taman Manggis. Tidak harus ada keraguan tentang penjualan tanah tersebut kerana ia telah dilakukan melalui sistem tender terbuka, dan dijual kepada pembida tertinggi. Seandainya wujud keraguan mengenai anasir rasuah dalam urusan jual beli tersebut, tanah Taman Manggis pastinya tidak dijual kepada pembida tertinggi yang membeli dengan harga yang paling mahal.
Sekiranya Lim Guan Eng telah menerima rasuah dalam bentuk diskaun pembelian rumahnya, Lim Guan Eng akan menjual tanah Taman Manggis secara rundingan terus, pada harga yang lebih rendah dengan pihak yang mempunyai hubungan langsung dengan pembelian rumahnya itu. Quid pro quo.
Serangan lanjut ke atas Guan Eng kemudiannya mensasarkan dakwaan bahawa tanah Taman Manggis sepatutnya digunakan untuk membangunkan projek perumahan rakyat, dan bukannya hospital dan hotel mewah. Kononnya kerajaan negeri terdahulu telah pun menggazetkan tanah tersebut untuk dibina rumah kos rendah bagi rakyat miskin.
Tanah seluas 1.99 hektar itu didapati terlalu kecil untuk dibina perumahan rakyat, maka projek rumah kos rendah dan mampu milik telah dicadangkan di sebuah kawasan yang jauh lebih luas di Jalan SP Chelliah.
BN sendiri tolak cadangan perumahan rakyat di Taman Manggis
Apa yang menarik ialah kerajaan negeri BN rupa-rupanya tidak pernah pun menggazetkan tanah Taman Manggis untuk pembinaan rumah PPR, malah mencadangkan supaya kawasan tersebut digunakan untuk membina rumah kedai dan kuarters kerajaan, atau apa yang disebut sebagai pembangunan bercampur.
Menurut dokumen-dokumen kerajaan BN dahulu yang baru didedahkan, BN malah turut pernah mahu menjual tanah tersebut kepada pemaju swasta, dengan alasan supaya kerajaan negeri dapat menjimatkan kos.
pendeta replied at 30-6-2016 11:28 AM
Ada beberapa set isu dalam naratif cerita pembelian rumah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng da ...
pendeta replied at 30-6-2016 11:47 AM
setelah saya baca pertuduhan dr pendakwa dan keterangan dari pihak DAP, saya rasa pihak tertuduh ada ...
badaksumbu replied at 30-6-2016 11:53 AM
itu lembaga hasil sudah hantar surat kepada lge lorr, terang2 dlm surat tu ada tulis bp value banglo ...
Guan Eng mengenakan tali leher merah kegemarannya manakala Phang berpakaian putih dan hitam. Dia kelihatan pucat.
namirulmukminin replied at 30-6-2016 11:51 AM
Rumah yang ko katakan banyak kali dijual di bawah harga pasaran tu melalui lelongan awam yang mana ...
pendeta replied at 30-6-2016 12:03 PM
ini contoh rumah-rumah yang dijual dibawah harga pasaran dan ianya bukan unit lelong
ADVERTISEMENT