Oleh : TS LOO
England dimalukan oleh pasukan ‘kerdil’, Iceland apabila mereka ditewaskan 2-1 di peringkat 16 pasukan terakhir Euro 2016. Meskipun England mendahului perlawanan dengan sepakan penalti yang disempurnakan ketua pasukan, Wayne Rooney pada minit keempat, namun Iceland cepat bangkit apabila dua minit kemudiannya menyamakan kedudukan. Gol pertama Iceland pada minit keenam itu dijaringkan oleh Ragnar Sigurdsson setelah para pemain England leka di bahagian pertahanan, sekaligus menjadikan suasana dalam stadium Allianz Riviera bingit dengan sorakan penyokong pasukan kerdil itu.
Walaupun berkali-kali mengasak pihak lawan sepanjang perlawanan, England gagal untuk mendapatkan gol kedua dan terpaksa menerima penyingkiran dan kekalahan memalukan itu kerana mereka dikatakan mempunyai laluan mudah apabila ditempatkan bersama Iceland di peringkat 16 pasukan terakhir. Pihak lawan yang menanti Iceland di peringkat suku akhir adalah pasukan tuan rumah, Perancis.- CARI Keputusan terkini: England 1 Iceland 2 sumber info: http://www.telegraph.co.uk/ |
Bagus |
6
Marah |
11
Terkejut |
7
Sedih |
7
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT