CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Backup Arkib Portal Lihat artikel

Seri Dengan Slovakia, England Tetap Mara Ke Peringkat Kalah Mati

21-6-2016 09:09 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3131| Komen: 0

Description: Skuad kendalian Roy Hodgson, England menamatkan saingan Kumpulan B di kedudukan kedua selepas terikat seri tanpa jaringan dengan Slovakia dalam aksi di Stadium Geoffroy-Guichard awal pagi tadi, sekali ...
Oleh : TS LOO



sumber foto: http://www.telegraph.co.uk/



Skuad kendalian Roy Hodgson, England menamatkan saingan Kumpulan B di kedudukan kedua selepas terikat seri tanpa jaringan dengan Slovakia dalam aksi di Stadium Geoffroy-Guichard awal pagi tadi, sekali gus layak ke saingan kalah mati.

Dalam pertemuan itu, England menguasai hampir keseluruhan perlawanan dengan barisan pemain prolifik seperti Jamie Vardy, Adam Lallana, Dele Alli dan Wayne Rooney.

sumber foto: http://img.bleacherreport.net/


Meskipun melakukan 22 percubaan namun jentera serangan England dilihat sukar menembusi benteng pertahanan Slovakia yang diketuai pemain Liverpool, Martin Skrtel.


Keputusan itu juga menyaksikan Slovakia berjaya mengumpul empat mata, sudah cukup buat mereka mengisi salah satu slot pasukan terbaik di kedudukan ketiga untuk ke saingan kalah mati.

Selepas mengisi kedudukan kedua Kumpulan B, England kini akan berdepan pasukan yang menghuni kedudukan kedua Kumpulan F sama ada Hungary, Iceland atau Portugal.


Keputusan terkini:

Slovakia  0   England  0




sumber : www.telegraph.co.uk


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.148102 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top