Oleh : TS LOO
Sudahkah anda menonton filem seram Conjuring 2 yang diarah oleh James Wan, seorang pengarah terkenal Hollywood kelahiran Kuching, Sarawak. Conjuring 2 adalah filem yang diadaptasi daripada sebuah kisah benar yang dialami oleh keluarga Hodgson di mana rumah mereka yang bertempat di London England dirasuk hantu. Bagi sesiapa yang telah menonton filem seram ini, pastinya akan terbayang-bayang dengan suasana menakutkan yang ditunjukkan dalam filem tersebut sehingga takut nak tidur dalam kedaan gelap, kan? Sepasang kekasih dari Singapura mengambil kesempatan menonton filem Conjuring 2 di pagawam ketika bercuti ke Miri, Sarawak. Namun tanpa disangka berdepan insiden yang sangat pelik dan menyeramkan di bilik hotel setelah balik ke hotel pada pukul 2 pagi menyebabkan mereka segera minta tukar bilik.
Pada 11 Jun yang lalu, Lelaki yang bernama Damian berkongsi penglamannya dengan menulis status di facebooknya. Menurutnya ketika itu dia bersama teman wanitanya sedang berehat sambil lelap atas katil di bilik hotel setelah habis menonton filem seram The Conjuring 2. Teman wanitanya yang bernama Voronia setelah melelapkan mata selama 15 minit, barulah bangun untuk menggosok gigi di tandas. Selepas siap gosok gigi, Voronia tanya Damian kenapa melukis tanda salib untuk menakutkannya. Ketika itu teman lelakinya rasa amat hairan dan pelik kerana sebenarnya sepanjang masa itu dia hanya baring atas katil, jadi Damian beranggapan Voronia cuba nak menakutkannya pula. Apabila mereka berdua mengesahkan tidak pun melakukan apa-apa untuk takut-takutkan antara satu sama lain. Kemudian Damian segera pergi ke tandas untuk meninjau dan mendapati terdapat tanda salib yang kelihatan baru sahaja dilukis pada cermin bilik tandas. "Saya dapat melihat ada titisan air di sebelah tepi lukisan tanda salib itu dan kesan kekotorannya masih baru lagi." Sejurus itu, Damian beritahu Voronia, jika dialah yang melukis, kenapa pula Voronia yang sepanjang masa berdiri di depan cermin gosok gigi tak kan tak perasan kewujudan dia pada masa itu. Mereka berdua yang mula diselubungi perasaan takut dan dengan segera minta tukar bilik di kaunter pelanggan. Mujurlah, pihak hotel tidak tolak permintaan mereka dan bilik hotel berjaya ditukar sekitar pukul 3 pagi. Menurut Damian, setelah bilik ditukar, insiden seram tidak berlaku lagi. Keesokan hari barulah mereka mengemas barangan di bilik asal itu, yang anehnya tanda salib pada cermin itu didapati sudah hilang. Damian memuat naik gambar selfie ketika dirinya sedang mengambil gambar di depan cermin tandas itu di akaun facebooknya dan tanda salib pada cermin memang jelas kelihatan. Tetapi ada segelintir netizen berpendapat segalanya adalah rekaan cerita yang dilakukan oleh pasangan kekasih terbabit. Ini kerana sekiranya ketika itu dalam keadaan takut, macam mana ada keberanian pergi ke tandas meninjau dan ambil gambar tanda salib di cermin. Ada juga netizen menganggap, ini hanya merupakan sejenis langkah pengiklanan bagi mempromosi hotel tersebut di laman facebook, apa pula pandangan anda?- CARI |
28
Bagus |
38
Marah |
28
Terkejut |
18
Sedih |
28
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Super-M replied at 21-6-2016 01:12 AM
Aku ni jenis penakut.tp aku tak paham kenapa aku tengok the conjuring2 ni aku tak rasa menakutkan pu ...
Hulkmalaya replied at 20-6-2016 11:32 PM
Bak kata pak jabit dalam hantu kak limah "banyak tengok vcd bebudak ni "
Super-M replied at 21-6-2016 01:12 AM
Aku ni jenis penakut.tp aku tak paham kenapa aku tengok the conjuring2 ni aku tak rasa menakutkan pu ...
chinta89 replied at 21-6-2016 10:23 AM
kahkahkah.. penangan cter tu sentiasa aku aplikasikan. like ayat yg u guna.
Chesire_Epilog replied at 21-6-2016 10:34 AM
Sama la..i jenis penakut tp conjuring 2 ni tak lah seram sangat pun, Maybe sebab dia panggil antu t ...
Intanmahsuri replied at 21-6-2016 11:25 AM
Tunggu Lights Out bulan 8 ni. Yang ni nampak seram..main tutup lampu..ekekekek
chinta89 replied at 21-6-2016 10:24 AM
aku pun rse mcm tu.. xde la nk rse takuttttt sgt2. takut biasa2 pun xde.
kawan aku ckp mmg takut g ...
Chesire_Epilog replied at 21-6-2016 11:52 AM
Lights Out ni arahan James Wan eyh? Kalau ye, mmg i look forward nak tengok. Thanks for your info ...
ADVERTISEMENT