CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Siti Tak Benar Datuk K Tunggang Motorsikal, Beri Motor Pada Saudara

23-7-2013 03:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15462| Komen: 75

Siti Tak Benar Datuk K Tunggang Motorsikal, Beri Motor Pada Saudara | Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengakui masih fobia dan tidak akan mengizinkan Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa menunggang motosikal berkuasa tinggi bagi mengelak berulangnya kemalangan yang menimpa suaminya di New Zealand pada 13 Disember lalu.



Kata Siti Nurhaliza lagi, suaminya yang juga dikenali sebagai Datuk K sebenarnya masih berminat untuk menunggang motosikal berkuasa besar tetapi beliau masih trauma dengan kemalangan tersebut.



"Selepas kemalangan di Queenstown, New Zealand tujuh bulan lalu, Datuk K telah beri beberapa buah motosikal berkuasa besar miliknya kepada saudara-mara terdekat sebab dia tidak mahu lagi menunggang kerana fobia.

"Dalam hati kecil ini, saya tidak izinkan suami saya tunggang motosikal lagi," katanya.

“Walau bagaimanapun, program bersama persatuan motosikal berkuasa tinggi tetap saya akan sertai terutama membabitkan perhimpunan besar atau aktiviti kebajikan,” tambahnya lagi.



Siti Nurhaliza berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Gabungan Kelab Bikers Pahang bersama 360 orang anak yatim di Padang Awam Kubang Gajah di sini malam kelmarin.

Dalam perkembangan terbaru beliau, Siti Nurhaliza bakal keluar dengan album baru di bawah label Universal Music Malaysia yang khabarnya mencecah kos RM200,000.

Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 23-7-2013 10:56 AM
habih kalau eksiden kete? xley naik kete dah? bg suma kete kat sedara? pastu jalan kaki?
Quote September14 23-7-2013 10:59 AM
yey album dia dah nak kuar, hope best lah
Quote miawpink 23-7-2013 11:04 AM
tembam nya siti
Quote mitnick 23-7-2013 11:16 AM
baru pas eksiden.. normal kalo trauma
Quote hzln 23-7-2013 11:43 AM
cameraman budak darjah 6 baru bulih dslr ka? huduh dan amatur benor nampak gambo2nya
Quote gam_gajah 23-7-2013 11:48 AM
baju apa la dia pakai ni....dengan rantai lagi...mmg fashion victim
Quote kukulangau 23-7-2013 11:49 AM
sapa design baju siti ni?
angin aku
Quote kukulangau 23-7-2013 11:50 AM
aku rasa laki saerah mesti dapat sebijik moto dato k ni
Quote F685 23-7-2013 12:00 PM
ok lah tu kalau trauma .. dk rehat je sampai betul2 sembuh
tak yah risau sgt pasal anak & familly..ada rezeki dptlah cucu nanti
Quote tomet05 23-7-2013 12:01 PM
MUNGKIN DATUK K BLUM SEMBUH SEPENUHNYA UNTUK EMNUNGGANG KOT ..
TUNGGANG JELAH KENDERAAN LAIN X PUN TUNGGANGLAH SITI DENGA SELAMAT ..
Quote nurfariezza 23-7-2013 12:26 PM
maxim posted on 23-7-2013 10:56 AM
habih kalau eksiden kete? xley naik kete dah? bg suma kete kat sedara? pastu jalan kaki?

hahha..klu cm 2 cnfirm
iols org p1 yg akan mntak krete ct..
Quote honda_jazz 23-7-2013 12:31 PM
siti plss bagi saya moto dato k tu...
Quote jerukkedondong 23-7-2013 12:42 PM
miawpink posted on 23-7-2013 11:04 AM
tembam nya siti

kannn...mesti tidur banyak bulan puasa ni...
Quote jerukkedondong 23-7-2013 12:46 PM
motip berlayer layer kat dada mekti tu sbb nk cover gunung daik mekti yg kian membesar ke....
Quote miracle_forever 23-7-2013 12:47 PM
miawpink posted on 23-7-2013 11:04 AM
tembam nya siti

Kan? Kadang2  nmpk mcm dh slim sikit... Kadang2 nmpk tembun! Pelik!
Quote miawpink 23-7-2013 12:49 PM
miracle_forever posted on 23-7-2013 12:47 PM
Kan? Kadang2  nmpk mcm dh slim sikit... Kadang2 nmpk tembun! Pelik!

gambo kat ig dia nmpak kurus
gambo ni nmpak tembun
Quote jonlabu 23-7-2013 12:49 PM
maxim posted on 23-7-2013 10:56 AM
habih kalau eksiden kete? xley naik kete dah? bg suma kete kat sedara? pastu jalan kaki?

sajer nak bagitau ada byk motorsikal koser besar..gituww
Quote Syd 23-7-2013 12:49 PM
punah laaa harapan @NAT_11 nak tengok datuk k berkonvoi ke masejid

Quote biozipstar 23-7-2013 12:52 PM
siti agak lebar... huhuhu

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.096389 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top