CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Pembedahan Di China Rancang Pemindahan Kepala Dua Manusia

17-6-2016 04:23 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6873| Komen: 18

Oleh : TS LOO



Frankenstein ialah sebuah novel sastera negara barat yang pertama berbentuk sains imaginasi yang ditulis oleh seorang penulis British bernama Mary Shelley,


Novel ini mengisahkan seorang ahli sains yang berkelakuan eksentrik, Victor Frankenstein yang ingin menggunakan usaha sendiri untuk mencipta makhluk yang menyerupai manusia dalam sebuah eksperiman yang tak ortodoks. 



sumber foto: http://www.dailymail.co.uk/


Baru-baru ini, menurut laporan Daily Mail Uk, di negara China terdapat juga seorang ‘Doktor Frankenstein’ yang merancang untuk melakukan pembedahan memindahkan kepala manusia antara dua individu.

Biarpun dikecam sekeras-kerasnya daripada pakar-pakar perubatan berhubung etika perubatannya, tetapi Dr. Xiaoping Ren tetap meneruskan rancangannya dengan menubuhkan pasukan khas untuk melakukan pembedahan itu yang disifatkannya bakal mencipta sejarah tersendiri dan pertama seumpamanya di dunia.


“Kami semakin hampir untuk melakukan pembedahan ini namun kami tidak boleh kata ini akan berlaku esok. Saya sendiri tidak dapat mengatakan pembedahan itu akan berlaku tahun depan,” ujar beliau.


Dr. Ren memberitahu besi akan ‘diselitkan’ untuk menstabilkan le-her baharu tubuh manusia itu sementara penghujung saraf tunjang akan dipenuhi dengan bahan seperti gam untuk membantu pertumbuhan.

Jelasnya, pembedahan itu akan melibatkan dua kepala daripada dua tubuh manusia dan menghubungkan tubuh penderma itu kepada kepala penerima.

Beliau menjangkakan pemindahan kepala manusia itu akan berjaya bertahan selama 30 sehingga 40 jam.

Awal tahun ini, Ren menggemparkan dunia apabila mendedahkan bahawa pasukannya berjaya melakukan pembedahan pemindahan kepala seekor monyet yang mampu hidup selama 20 jam.-CARI Infonet

sumber foto: www.dailymail.co.uk





sumber info: http://www.dailymail.co.uk/

27

Bagus
17

Marah
21

Terkejut
17

Sedih
16

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manjalara_01 17-6-2016 05:00 PM
Edited by manjalara_01 at 17-6-2016 08:28 PM

siannye monyet tu...
bukan ke experiment terhadap haiwan tu..cruelty to animals?...

mcm mana pulak dlm Islam?
bleh ke experimen dgn haiwan in the name of science/medical advancement?
Quote yasinfi 17-6-2016 05:14 PM
pemindahan berjaya sampai 40jam saja...lepas tu mati la...gila2..doktor bukan nak orang hidup ke..dia nak bg org mati
Quote din_atos 18-6-2016 05:11 AM
manjalara_01 replied at 17-6-2016 05:00 PM
siannye monyet tu...
bukan ke experiment terhadap haiwan tu..cruelty to animals?...


Patutnya buatla pemindahan kepala semut btul dak
Quote manjalara_01 18-6-2016 12:42 PM
din_atos replied at 18-6-2016 05:11 AM
Patutnya buatla pemindahan kepala semut btul dak

...ahahhaauhuhuhu
Quote wanzhm93 18-6-2016 01:42 PM
sapa la yang sanggup [code][/code]
Quote kurga 20-6-2016 09:28 AM
din_atos replied at 18-6-2016 05:11 AM
Patutnya buatla pemindahan kepala semut btul dak

betoi... setujuk... semut x de kepala pon bleh jalan lagi.... ahaha..

Quote espri6006 20-6-2016 09:37 AM
Kalau kat Negara China dan India maybe ada je yang sanggup dijadikan bahan ujian demi untuk mendapatkan wang utk menyara ahli keluarga yang lain.
Quote chinta89 20-6-2016 12:49 PM
espri6006 replied at 20-6-2016 09:37 AM
Kalau kat Negara China dan India maybe ada je yang sanggup dijadikan bahan ujian demi untuk mendapat ...

teringat kat india. jual buah pinggang demi meneruskan hidup..
Quote CikMooMoo 20-6-2016 04:59 PM
sapa la nk jadi bahan eksperimen dia ni....yang susah payah dia nak buat research pindah kepala ni apahal? tak dak benefit pun sebab lepas tu mati. tak dak kegunaan dari segi perubatan.
Quote mbhcsf 21-6-2016 12:16 AM
Awal tahun ini, Ren menggemparkan dunia apabila mendedahkan bahawa pasukannya berjaya melakukan pembedahan pemindahan kepala seekor monyet yang mampu hidup selama 20 jam

tak sampai satu hari, kan?
why - and what kind of complications?
stroke? bleeding ? infection ? rejection?
Quote mbhcsf 21-6-2016 12:17 AM
interestingnya benda ni akan merentas falsafah, sains dan agama
antara  jasad - brain and host  tu , akal, nyawa , ruh...

Quote mbhcsf 21-6-2016 12:19 AM
ni yg sepatutnya dibahaskan oleh golongan neuroethics

sebab - ada elemen akal , ruh,  jasad dan nyawa...

kat mana etika yg perlu DIGUNAPAKAI?


dan membuatkan kita persoalkan self, self awareness..siapa self ni ? elemen mana yg buatkan 'self' ni? akal , ruh atau jasad?


Quote sarahmirza 21-6-2016 12:33 AM
Apa sumbangan kepada manusia sejagat ya?
Quote kambeng_masam 26-6-2016 09:27 AM
sarahmirza replied at 20-6-2016 07:33 PM
Apa sumbangan kepada manusia sejagat ya?

katakanlah ada bahagian tubuh badan yang cacat atau sebagainya, otak pula masih berfungsi, maka sekiranya pemindahan berjaya, si keala tu dapat tubuh baru...buleh berlari seperti sediakala kekdahnya.
Quote jetonkepoh 27-6-2016 01:09 AM
Teringat plk citer omputih kecik2 dl. Pasal pemindahan otak. Org laki tua tu eksiden, doc buat pemintahan otak ke bdn laki muda yg sado. Org tu sedar2 je dia tgk ciknek dia heheheheheehe
Quote mehmet 13-10-2016 11:39 AM
masa medical mula2 explore pun,,,rasa nya kat Europe..byk dirog nak explore utk capai ilmusampai ketahap sekarang ,yang banyak membantu medical knowledge sekarang ...pada akal masyarakat sekarang aa   ...

mana kita tau ada hati,jantung, fungsi,,apa zat yg badan kutip setiap organ dalam badan kita..
...start dengan belah mayat,,,curi mayat... test on human...
sekarang pun macam tu......dah start nak pindah kepala dan badan pulak  ...untuk kita mmg takleh terima ,,termasuk aku....

tapi entah2 generasi akan datnang berterima kasih kat golongan hati kering  ni...   menakutkan
Quote izzat1987 13-10-2017 03:46 AM
manjalara_01:    Edited by manjalara_01 at 17-6-2016 08:28 PM  siannye monyet tu...bukan ke experiment terhadap haiwan tu..cruelty to animals?...mcm mana pulak dlm I ...


Aku rasa x boleh la. Sebab ada kes sorang lecturer kakak aku tu prof sains cerita dia sering bedah tikus2 utk buat kajian sains. Sampai sekrang dia x boleh beranak...adakah kifarah dr Allah??
Quote anees~nuhara 13-11-2017 03:41 PM
apsal la wat bnd2 pelik ni

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.089313 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top