Oleh : TS LOO Lazimnya perpustakaan adalah merupakan tempat awam yang melarang pengunjungnya berborak dalam nada yang kuat sehingga menimbulkan keadaan bising yang boleh mengganggu mereka yang sedang membaca di dalamnya.
Mereka yang mengingkari arahan mungkin akan disuruh keluar oleh pengawal perpustakaan selepas amaran diberi kepada individu terbabit. Namun demikian, terdapat sebuah restoran yang bertempat di Brooklyn, New York, sepanjang menjamu selera setiap pelanggan tidak dibenarkan bersembang dan berborak dengan sesiapa.
Apabila ditanya kenapa menetapkan syarat tersebut, pemilik restoran, Nicholas Nauman beritahu idea diperolehi ketika melancong ke India terlihat sekumpulan sami Buddha yang langsung tidak bersuara sepanjang menghabiskan sarapan mereka. Keadaan tersebut amat memberi kesan buat dirinya dan teruja dengan amalan yang baik bukan sahaja untuk kesihatan malah untuk proses penghadaman seseorang itu kerena lebih fokus ketika membuat sesuatu kerja. Selain itu, bagi Nicholas syarat itu ditetapkan di restorannya agar membolehkan pelanggan menghargai dan menikmati sajian dan masakan yang ditempah dalam keadaan yang senyap dan sunyi. Sekiranya konsep seumpama ini dilakukan di restoran Malaysia mungkin ada wajarnya menambah satu lagi syarat di mana telefon bimbit perlu juga disimpan. Ini kerana rakyat Malaysia perlu dididik mendiamkan diri ketika menjamu selera kerana sejak kehadiran telefon pintar fenomena biasa yang melanda masyarakat masa kini yang tak lekang memandang telefon pintar masing-masing walau di mana sahaja mereka berada. Betul tak? - CARI Infonet sumber info:
|
4
Bagus |
3
Marah |
15
Terkejut |
1
Sedih |
8
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MamaMima711 replied at 16-6-2016 08:43 PM
Betul2..aku plg pantang org bersembang ms aku nak makan.setakat borak sket2 ok lah.pastu makan..past ...
ADVERTISEMENT