CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2928|Reply: 10

Restoran Di New York Melarang Pelanggan Bersembang

[Copy link]
Post time 13-6-2016 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO






Lazimnya perpustakaan adalah merupakan tempat awam yang melarang pengunjungnya berborak dalam nada yang kuat sehingga menimbulkan keadaan bising yang boleh mengganggu mereka yang sedang membaca di dalamnya.


Mereka yang mengingkari arahan mungkin akan disuruh keluar oleh pengawal perpustakaan selepas amaran diberi kepada individu terbabit.








Namun demikian, terdapat sebuah restoran yang bertempat di Brooklyn, New York, sepanjang menjamu selera setiap pelanggan tidak dibenarkan bersembang dan berborak dengan sesiapa.




Apabila ditanya kenapa menetapkan syarat tersebut, pemilik restoran, Nicholas Nauman beritahu idea diperolehi ketika melancong ke India terlihat sekumpulan sami Buddha yang langsung tidak bersuara sepanjang menghabiskan sarapan mereka.





sumber foto: http://www.theguardian.com/





Keadaan tersebut amat memberi kesan buat dirinya dan teruja dengan amalan yang baik bukan sahaja untuk kesihatan malah untuk proses penghadaman seseorang itu kerena lebih fokus ketika membuat sesuatu kerja.


Selain itu, bagi Nicholas syarat itu ditetapkan di restorannya agar membolehkan pelanggan menghargai dan menikmati sajian dan masakan yang ditempah dalam keadaan yang senyap dan sunyi.


Sekiranya konsep seumpama ini dilakukan di restoran Malaysia mungkin ada wajarnya menambah satu lagi syarat di mana telefon bimbit perlu juga disimpan.


Ini kerana rakyat Malaysia perlu dididik mendiamkan diri ketika menjamu selera kerana sejak kehadiran telefon pintar fenomena biasa yang melanda masyarakat masa kini yang tak lekang memandang telefon pintar masing-masing walau di mana sahaja mereka berada. Betul tak? - CARI Infonet



sumber info:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2016 11:48 AM | Show all posts
Aku slalu amalankan macam ni di meja makan...bini aku pun turut diam, hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 11:56 AM | Show all posts
bagus gak tu. sebab kalo berborak mmg aku takleh nak kunyah 40 kali. asal suap trus telan.
patut implement kat malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 12:17 PM | Show all posts
just change; if the same idea proposed by Kelantan Govt, all people in Msia will be mad like hell !
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 02:20 PM | Show all posts
memang patut pun...ni nak suap...pot pet pot pet bercerita...smpi aku tertelan tulang ikan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 03:05 PM | Show all posts
i suka dan i memang selalunya bab makan ni memang tekun hadap. hehehe.
berborak thru whatsapp jelah. aci dok? hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2016 03:54 PM | Show all posts
Ada eloknya boleh elak tercekik semasa tengah makan akibat nak bercakap ketika makan juga boleh mengelakan orang lepak lama2 di kedai makan dan beri perluang kepada orang lain yang nak makan disitu juga
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 04:30 PM | Show all posts
konfem restoran tu xbole bawa budak2
mmg khas utk dewasa je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2016 04:31 PM | Show all posts
bagi umat Islam, mengikut contoh terbaik Rasulullah,
semasa makan digalakkan bercakap hal yg baik2
jangan bercakap mengenai hal yg boleh menimbulkan rasa jijik atau loya
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul2..aku plg pantang org bersembang ms aku nak makan.setakat borak sket2 ok lah.pastu makan..pastu borak2 skett..makan..tu ok lg.atau mmg aku santai2 dgn kwn borak smbil makan.
Ni sepanjang aku mkn dia duk pot pet pot pet..aku kena fokus lak kt sembang dia snpai aku x tau aku makan apa.tasteless:
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2016 02:14 AM | Show all posts
MamaMima711 replied at 16-6-2016 08:43 PM
Betul2..aku plg pantang org bersembang ms aku nak makan.setakat borak sket2 ok lah.pastu makan..past ...

okay lahhhh berborakkk dgn ko
dari kawan hang tuh duk berborak dengan hp dia......aku lagi bencik spesis macam nih....





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.791338 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list