CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kemaskini Euro 2016: Switzerland Bersama Perancis Ke Pusingan Kalah Mati

11-6-2016 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 20426| Komen: 194

Oleh : TS LOO


Kemaskini 20 Jun 2016 


sumber foto: google image


Selepas kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B awal pagi tadi, Switzerland bersama tuan rumah Perancis ke pusingan kalah mati dalam saingan Euro 2016.


Keputusan itu menyaksikan Switzerland menghuni kedudukan kedua Kumpulan A selepas mengumpul lima mata, dua mata di belakang juara kumpulan, Perancis.


sumber foto: google image


Sementara itu,  Albania menang tipis ke atas Romania dengan keputusan 1-0 dalam perlawanan akhir Kumpulan A, sekali gus menghidupkan peluang mereka untuk mara ke peringkat seterusnya sebentar tadi di Stade de Lyon.

Kemenangan itu meletakkan mereka di tangga ketiga dalam kumpulan itu dan mereka perlu menunggu slot itu hingga semua aksi peringkat kumpulan berakhir.- CARI Infonet


Keputusan Terkini: 

Switzerland 0   Perancis 0

Romania 0       Albania 1


sumber : Berita Harian 


----------------------------------------------------------------------

Oleh : TS LOO

Kemaskini 17 Jun 2016 


sumber foto: mstar


Jerman dan Poland berkongsi mata dalam pertemuan Kumpulan C Euro 2016 apabila kedua-dua pasukan terikat 0-0 pagi tadi, sekali gus mengesahkan penyingkiran Ukraine daripada kejohanan itu selepas gagal mengutip sebarang mata selepas tewas 0-2 kepada Ireland Utara. 

Skuad bimbingan Joachim Loew tampil dengan kesebelasan utama dengan harapan mengutip tiga mata untuk mengungguli carta kumpulan, tetapi kekentalan barisan pertahanan dan kecekapan penjaga gol Poland, Lucas Fabianski ternyata menghampakan barisan serangan Jerman yang dikemudi oleh Mario Gotze, Mesut Ozil, Thomas Muller dan Julian Draxler. 

Ukraine disahkan menjadi pasukan pertama yang tersingkir daripada kejohanan Euro 2016 selepas tewas dua perlawanan kepada Jerman dan Ireland Utara.

Jerman masih mengungguli carta kumpulan walaupun berkongsi empat mata dengan Poland dan hanya dipisahkan perbezaan jaringan manakala Ireland Utara masih di tangga ketiga dengan tiga mata.- CARI Infonet

Keputusan terkini: 

Jerman  0   Poland  0

Ukraine   0   Ireland Utara   0


sumber : mstar


-------------------------------------------


Oleh : TS LOO


Kemaskini 16 Jun 2016 


Antoine Griezmann dan Dimitri Payet berjaya membantu Perancis menewaskan Albania dalam perlawanan Euro 2016 Kumpulan A, sekali gus menjadi pasukan pertama yang layak ke pusingan kalah mati melalui sumbangan dua jaringan lewat.

Ternyata bukan keputusan yang bijak buat jurulatih Perancis, Didier Deschamps bertindak meletakkan Paul Pogba dan Griezmann di bangku simpanan apabila pasukannya gagal menembusi gawang Albania walaupun menguasai hampir keseluruhan permainan.


sumber foto: mstar


Gandingan Olivier Giroud dan Anthony Martial di bahagian serangan ternyata kurang berkesan walaupun Perancis menghasilkan 21 peluang sebelum gol pertama diperolehi.

Namun Deschamps menebus kesilapan tersebut apabila memasukkan Griezmann pada separuh masa kedua ternyata membuahkan hasil apabila bintang Altetico Madrid tersebut menjaringkan gol pada minit ke-90 menerusi tandukan jarak dekat.

Selang lima minit kemudian, Payet menjaringkan gol kedua untuk membantu Perancis menjadi pasukan pertama layak ke pusingan kalah mati selepas mengumpul enam mata.- CARI Infonet


Keputusan terkini: 

Perancis  2   Albania 0

Romania 1    Switzerland 1

Russia 1    Slovakia 2


sumber berita : http://www.mstar.com.my/
  



---------------------------------------------------------

Oleh : TS LOO

Kemaskini 15 Jun 2016 


Pasukan kerdil Iceland mencipta kejutan selepas mengikat Portugal 1-1 dalam penampilan pertama di pentas Kejohanan Eropah tatkala penyerang sensasi Cristiano Ronaldo gagal menjaringkan gol biarpun menyamai rekod penampilan terbanyak untuk negara yang dipegang Luis Figo. 



Penyudah hebat oleh Nani menyaksikan Portugal mendahului perlawanan sebelum perancang tengah Iceland Birkir Bjarnason menyamakan kedudukan untuk skuad Scandinavia di Saint Etienne. 

Ronaldo menyamai rekod penampilan terbanyak Figo dengan kedua-dua legenda Portugal itu kini mengumpul 127 kap. 



Bagaimanapun, ia adalah malam yang sunyi buat bintang Real Madrid yang gagal muncul pemain pertama menjaringkan gol dalam empat edisi Kejohanan Eropah, selepas dia dikecewakan oleh kekentalan pertahanan Iceland dan persembahan bertenaga penjaga gol Hannes Halldorsson.

Keputusan terikat itu menyaksikan saingan Kumpulan F masih terbuka luas selepas Hungary mengejutkan Austria 2-0 di Bordeaux sebelum itu untuk menempa kemenangan pertama mereka di kejohanan utama dalam tempoh 30 tahun. 

Portugal seterusnya akan berdepan Austria di Paris, manakala Iceland melayan pendahulu kumpulan Hungary di Marseille, Sabtu ini.-CARI Infonet


Keputusan terkini:

Kumpulan F :

Portugal  1    Iceland 1

Austria    0    Hungary 2

sumber : http://www.utusan.com.my/




-------------------------------------

Oleh Izzah Abbasy

Kemaskini 14 Jun 2016

Tampil selaku pasukan No. 2 dunia, Belgium menanggung malu apabila tewas 0-2 di tangan Itali dalam aksi pembukaan Kumpulan E Euro 2016 di Stadium de Lyon.

Kesilapan pertahanan Belgium, Toby Alderweireld yang gagal menanduk keluar bola hasil hantaran pemain Itali, Leonardo Bonucci menghukum skuad Red Devils apabila Emanuele Giaccherini bertindak memanfaatkannya di dalam kotak penalti untuk membuka jaringan.

Kredit Foto : BH Online


Kemenangan tersebut memulakan langkah kanan buat naib juara edisi lalu, Itali dalam kumpulan maut yang diundi bersama Sweden dan Ireland, dengan mengumpul tiga mata selaku pendahulu.

Belgium pula terpaksa akur menerima kekalahan pertama dalam aksi pembukaan di Euro selepas 16 tahun.

Skuad paling mahal dalam Euro 2016 berbanding negara-negara lain, Belgium dijadualkan bertemu Ireland pada Sabtu ini pukul 9 malam waktu Malaysia.

Skuad bimbingan Antonio Conte bakal berdepan Sweden pada Jumaat ini pukul 9 malam waktu Malaysia. - CARI Infonet

Keputusan Semasa


KUMPULAN D

Sepanyol 1 (Gerard Pique m-87) Republik Czech 0

KUMPULAN E

Belgium 0  Itali 2 (Emanuele Giaccherini m-32, Graziano Pelle m-90+3)

KUMPULAN E

Republik Ireland 1 (Wes Hoolahan m-48)  Sweden 1 (Ciaran Clark gs-71)


Kredit : Utusan Online

----------------

Oleh : TS LOO

Kemaskini 13 Jun 2016

Jika Keganasan Penyokong Berterusan, England & Rusia Dikeluarkan

Susulan perlawanan pembukaan Kumpulan B di Marseille antara England-Rusia dicemari dengan pergaduhan, ahli jawatankuasa Eksekutif Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) memberi amaran sekiranya insiden keganasan penyokong berterusan, kedua-dua pasukan berkemungkinan besar akan hilang kelayakan dan terus disingkirkan daripada Euro 2016.

Penyokong-penyokong Rusia didakwa  menimbulkan ‘gangguan berkumpulan’, berkelakuan rasis dan membakar bunga api pada Ahad.

Manakala England juga diberi amaran secara bertulis mengingatkan FA agar bertanggungjawab memantau kelakuan penyokong-penyokong mereka yang berada di Perancis sepanjang Euro berlangsung.


KUMPULAN C

Poland 1   Ireland Utara 0


Jerman 2   Ukraine 0

- CARI Infonet

sumber info: mstar & bharian





oleh Adib Za

Kemaskini 12 Jun 2016

KUMPULAN B

England 1 Rusia 1


KUMPULAN B

Wales 2 Slovakia 1


KUMPULAN A

Albania 0 Switzerland 1



Kemaskini 11 Jun 2016

Saingan Euro 2016 telah dibuka dengan gilang gemilang di stadium nasional Perancis, Stade de France dengan menyaksikan perlawanan pembuka tirai antara skuad Les Blues itu dengan Romania.

Dalam perlawanan itu, Perancis telah mengalahkan Romania 2-1 dengan penuh bergaya menerusi gol kemenangan lewat perlawanan Dimitri Payet.

Sebelumnya, skuad itu menyambut keriangan dengan gol pertama menerusi Olivier Giroud pada minit ke-58.

Kemudian, Payet telah menutup saingan dengan memberikan gol cantik pada minit ke-89 seterusnya memberi tiga mata penuh untuk Perancis.


KUMPULAN A

Perancis 2 (Olivier Giroud m-58, Dimitri Payet m-89)

Romania 1 (Bogdan Stancu pen-65)



-CARI Infonet



Sumber: Utusan Malaysia/ Berita Harian




Foto Sumber: Berita Harian



17

Bagus
27

Marah
5

Terkejut
20

Sedih
16

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (105 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HibinoSama 10-6-2016 06:47 PM
Selain astro, kt mana leh tgk live?
Quote dani-rox 10-6-2016 06:48 PM
England.
Quote nanie 10-6-2016 06:51 PM
always  Germany
Quote makkaupurple 10-6-2016 06:51 PM
Belgium

Quote ChildrenOfBodom 10-6-2016 06:53 PM
JDT


Rosenkrantz Ngadimin ,
Ranah Jawa.
Quote VioletsAre_Blue 10-6-2016 06:53 PM
Chile
Quote Badut.Sarkas 10-6-2016 06:54 PM
format kali ni ngan 24 team agak memeningkan lebih kurang cam WC USA94.. tapi should be interesting..
Quote Changa 10-6-2016 06:55 PM
pukul berapa sister?
Quote alesandra 10-6-2016 06:55 PM
TIM KITAAAAAAAAAAA
Quote torres9 10-6-2016 06:56 PM
Belgium
Quote Badut.Sarkas 10-6-2016 06:56 PM
by the way, lam radio 2 3 hari lepas.. DJ suruh pemanggil jawab 5 team yang layak untuk euro 2016, first caller sebut manchester united, chelsea etc..  pemanggil seterusnya jawab england bla bla bla brazil.. hahaha
Quote dani-rox 10-6-2016 07:00 PM








Quote elastico 10-6-2016 07:01 PM
Turkey
Quote kemaruk 10-6-2016 07:03 PM
Bangkem lahir sehari sebelum final euro 1996..
Quote Mary_jane 10-6-2016 07:04 PM
Germany!        
Quote lkick2113 10-6-2016 07:06 PM
Aku bila belanda tak layak euro aku macam malas nak tgk la, nak sokong apa ye....
Quote si-buta 10-6-2016 07:08 PM
Perancis akan juara
Quote Awsem 10-6-2016 07:09 PM
lkick2113 replied at 10-6-2016 07:06 PM
Aku bila belanda tak layak euro aku macam malas nak tgk la, nak sokong apa ye....

Bodoh main bola mana nak layak...

Bongok lu sebingok mak lu pelacur jalanan.

Quote Awsem 10-6-2016 07:10 PM
kemaruk replied at 10-6-2016 07:03 PM
Bangkem lahir sehari sebelum final euro 1996..

Sembilan bulan lepas mak lu kena rogol dgn pakcik dia...

Anak haram lu ni...

Lihat semua komen(194)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.063809 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top