Oleh Izzah Abbasy
Aksi memalukan apabila skuad hoki lelaki negara memulakan Jelajah Jepun tumpas 1-5 kepada pasukan kebangsaan Jepun malam tadi, selepas kehilangan beberapa tonggak utama berikutan pelbagai faktor. Pada perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Gifu Green, skuad 'Speedy Tigers' ketinggalan 0-5 apabila pasukan tuan rumah menjaringkan gol pada minit kelima, 15, 22, 37 dan 43. Gol tunggal pasukan kebangsaan hadir pada minit ke-55 apabila pemain tengah, Norhizzat Sumantri menjaringkan gol padang bagi mengurangkan defisit tersebut. Mengulas kekalahan kepada pasukan di ranking ke-16 dunia itu, ketua jurulatih Stephen Van Huizen mengakui prestasi anak buahnya di bawah kemampuan sebenar, namun ia memberi peluang baginya mencuba pemain baharu selepas kehilangan beberapa pemain utama. "Kita beraksi tanpa beberapa pemain, yang mana mereka memainkan peranan utama dalam pasukan. Oleh itu, secara keseluruhan pasukan kita kurang stabil. "Kita juga mencuba banyak pemain di posisi yang berlainan, hanya untuk melihat semua pilihan. Kami jauh lebih baik di separuh masa kedua, walaupun bermain daripada kemampuan sebenar kita. "Kita akan membuat kajian malam ini untuk membetulkan kesilapan, dan akan menampilkan prestasi lebih baik pada perlawanan akan datang," kata Stephen seperti dipetik dalam kenyataan dikeluarkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM). - CARI Infonet Kredit : Astro Awani
|
10
Bagus |
9
Marah |
6
Terkejut |
8
Sedih |
10
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT