Oleh : TS LOO Kuil Wat Pha Luang Ta Bua di wilayah Kanchanaburi, barat Bangkok yang juga dikenali sebagai kuil harimau merupakan destinasi pelancongan yang terkenal aktiviti yang membolehkan pelancong mendekati dan mengambil gambar bersama harimau sebagai kenangan.
Terbaru, kuil tersebut didapati menyimpan sebanyak 40 bangkai anak harimau yang dipercayai mati ketika berusia satu atau dua hari. Penemuan itu dibongkarkan ketika serbuan pihak berkuasa hidupan liar Thailand dan polis dalam operasi menyelamat 45 ekor harimau dewasa semalam.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Taman Thailand, Adi-sorn Noochdumrong, kuil berkenaan akan dituduh menyimpan bangkai haiwan tanpa kebenaran dan fail tuduhan akan akan dibentangkan. “Seorang penjaga kuil memberitahu dia diarahkan untuk menyimpan bangkai berkenaan apabila haiwan tersebut mati di dalam tempat penyimpanan berhawa dingin.” Sebelum ini, Kumpulan hak asasi dan pemuliharaan haiwan pernah mendakwa kuil tersebut disyaki terbabit dalam aktiviti perdagangan haram hidupan liar serta mengaut keuntungan berlipat ganda dengan menjual bahagian tubuh binatang eksotik untuk tujuan perubatan tradisional Cina. Serbuan di kuil sama tahun lalu menemukan puluhan ekor haiwan hidup seperti burung enggang, serigala dan beruang. Bagaimana pun, pihak pengurusan kuil berkenaan membuat penafian berhubung pembabitan aktiviti haram dan menjelaskana memang menjadi kebiasaan sejurus dilahirkan, sebilangan anak harimau akan mati.- CARI Infonet sumber : http://www.utusan.com.my/
|
ADVERTISEMENT