Oleh : Dean BZ
Pelakon Eira Syazira, 31, mengambil keputusan membatalkan rakaman single ketuhanan bersama kumpulan Wali Band. Keputusan itu diambil bagi memastikan keselamatan kandungan yang baru memasuki bulan kedua. Proses rakaman sepatutnya dilakukan dalam tempoh terdekat bagi edaran Ramadan nanti namun keadaan kesihatan kurang mengizinkan untuknya meneruskan rancangan berkenaan. "Alhamdulillah pihak pengurusan Indonesia memahami situasi saya baharu disahkan hamil anak kedua. Doktor menasihatkan saya supaya banyak berehat kerana kandungan masih baharu selain agak berbahaya bagi ibu hamil trimester pertama menaiki penerbangan. " Kita hanya merancang namun Allah yang menentukan. Ini adalah rezeki yang diberikan-Nya. Saya menerima percaturan yang dibuat untuk kami sekeluarga dengan hati terbuka. Jika tiada aral saya akan ke Jakarta apabila kandungan sudah kuat bagi merakamkan single kedua," katanya.
Mungkin ada yang terkejut atau tertanya-tanya "aikk!! Eira Syazira pun boleh menyanyi ke?". Jangan tak tahu, ok bagi yang belum pernah mendengar nyanyiannya, nah kami belanja satu lagu nyanyian Eira Syazira. Layan... - CARI Infonet. Sumber - BeritaHarian |
rokarina replied at 27-5-2016 11:03 AM
sheols nyanyi ngan hubby dia
barfi replied at 27-5-2016 11:10 AM
Azad ni betul2 la macam dari Chennai
minahsleepy replied at 27-5-2016 04:46 AM
die ni skang da jarang nmpk belakon.tp adik dia pulak yg aktip belakon.ari tu tgk drama ingatkan die ...
ADVERTISEMENT