MASIH ingatkah anda watak Anjali, anak perempuan Shah Rukh Khan menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai? Jika ingat, sudah tentu anda terfikir bagaimanakah rupanya dan di manakah dia kini. Menurut sumber, pelakon comel yang diberi nama Sana Saeed ini semakin meningkat dewasa dan turut mendapat jolokan antara pelakon yang paling hot di Bollywood. "Walaupun dia masih belum muncul sebagai pelakon utama dalam mana-mana filem, namun dia bakal muncul dalam filem arahan Karan Johar tidak lama lagi. "Saya yakin, kemunculannya itu bakal membuatkan dia menjadi tumpuan di sini," katanya mengenai pelakon berusia 24 tahun itu.
|
ADVERTISEMENT