Hanya dua hari selepas Louis van Gaal membolehkan Red Devils menjulang Piala FA setelah membenam Crystal Palace 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Wembley Sabtu lalu, Manchester United telah mengambil keputusan memecatnya. Menurut laporan akhbar Britain, Ed Woodward tiba di pangkalan latihan Manchester United di Carrington untuk menghadiri sesi rundingan bersama Van Gaal pada awal pagi ini (waktu Manchester). Naib Pengerusi Eksekutif United itu memaklumkan kepada Van Gaal bahawa dia tidak lagi bergelar pengurus pasukan setelah mereka berhasrat untuk melantik bekas bos Chelsea, Jose Mourinho sebagai pengganti.
Mourinho bakal mengadakan rundingan lebih panjang esok sebelum menandatangani perjanjian tiga tahun dengan Rui Faria dan jurulatih penjaga gol Silvino Lauro dijangka mengikut langkahnya menyertai United. Masa depan Ryan Giggs di United juga masih belum diketahui, walaupun Mourinho berharap dapat mengekalkan bekas pemain antarabangsa Wales itu dengan kelab tersebut.- CARI Infonet berita selanjutnya: http://www.utusan.com.my/
|
9
Bagus |
12
Marah |
18
Terkejut |
14
Sedih |
16
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mirage_46 replied at 24-5-2016 02:29 PM
YVWA
ADVERTISEMENT