CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jose Mourinho Diejek Setelah MU Kalah Di Tangan Chelsea 0-4

24-10-2016 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3221| Komen: 10

Description: Pasukan bimbingan Jose Mourinho, Manchester United tewas 0-4 di tangan Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi waktu Malaysia.


Pasukan bimbingan Jose Mourinho, Manchester United tewas 0-4 di tangan Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi waktu Malaysia. 

Penyerang Chelsea, Pedro mengejutkan pasukan pelawat menerusi jaringan terpantas liga setakat ini iaitu tidak sampai seminit selepas aksi bermula apabila menewaskan beberapa pertahanan dan memperdayakan penjaga gol, David de Gea. 

Gary Cahill menambah duka skuad Mourinho apabila meledak jaringan kedua pada minit ke-21 dengan tuan rumah selesa di depan sebaik berakhir babak pertama. 


sumber foto: ESPN

Chelsea tampak semakin berselera di babak kedua apabila Eden Hazard mencipta peluang buat dirinya dengan gerakan menarik yang disudahkan pada minit ke-61. 


Tidak cukup dengan itu N'Golo Kante mencetak namanya selaku penjaring pada minit ke-69 hasil gerakan menarik yang memperdayakan de Gea. 

Sementara itu, penyokong Chelsea sempat mengejek pengurus Manchester United, Jose Mourinho dengan melaungkan anda bukan istimewa lagi.

Dengan tujuh gelaran besar sejak dua kali membimbing Chelsea, Mourinho telah diiktiraf selaku pengurus paling berjaya, namun kepulangannya ke Stamford Bridge telah mencetuskan ejekan paling teruk daripada bekas penyokongnya itu sepanjang kerjaya beliau.- CARI

sumber foto: https://wpcluster.dctdigital.com


24

Bagus
31

Marah
18

Terkejut
18

Sedih
7

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 24-10-2016 10:59 AM
puas hati semalam tengok muka fan manyu terkedu lepas pedro sumbat gol
Quote alesandra 24-10-2016 11:16 AM
aku sempat  tgk sampai 1st half  2-0 je smlm.rugi  pulak tak tgk full game


*padan muka tim pogba kena tapau
Quote zulka 24-10-2016 11:23 AM
hahaha...
YNWA
Quote makkaupurple 24-10-2016 11:29 AM
alesandra replied at 24-10-2016 11:16 AM
aku sempat  tgk sampai 1st half  2-0 je smlm.rugi  pulak tak tgk full game



Kat liga kampungan serie a boleh la pogba berlagak star masuk epl flop terus
Quote cmf_conan 24-10-2016 11:31 AM
abang brahim mana?
Quote alesandra 24-10-2016 01:05 PM
makkaupurple replied at 24-10-2016 11:29 AM
Kat liga kampungan serie a boleh la pogba berlagak star masuk epl flop terus

ujung2 salah nak nganjengkan serie a,juve.eh mangkok...manager chelsea tu dtg dari la liga kaaa








Quote -electrifying- 24-10-2016 02:10 PM

dgrnya skrg keje kt restoran mamak
Quote dark_knight26 24-10-2016 03:09 PM
Jose ni sampai sekarang, tak jumpa2 lagi 1st eleven dia. Pastuh formasi mcm haram, dan taktik yg sama. Tak habis2 attack dari wing. Cross dari wing. Tgh2 hancur. Bangang.

MU mmg terer 4-4-2. Guna jeh la sampai mati. Tukar2, jadi bangang. Patutnya semlm Felliani tak main, Lingard tak main, Rashford tak main.

Lepas nih, tukar laa formation.

Back 4
Vallencia(LB), Smalling(CB), Bailly/Fosu Mensah(CB), Shaw(RB)

Midfield
Martial (LM) Herrera/Pogba (CAM) Carrick(CAM) Mkhi/Mata(RM)

Front
Rooney (CF/ST) Zlatan(ST)

Sub-
Zlatan OUT
Rashford IN

Martial OUT
Depay IN
Quote Loloq89 24-10-2016 03:39 PM
kahkahkah..cian mereka
Quote ciwi1166 24-10-2016 04:26 PM
dulu time SAF kemain eksyen yer fan2 manu ni.. hehehe

now roda sedang berputar.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.065078 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top