CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pm Terkilan Tidak Dapat Ke Manchester

29-10-2013 01:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8487| Komen: 95

Description: Seorang Pegawai Wisma Putra Di Sini Berkata, Agensi Alam Sekitar Britain Mengeluarkan Lapan Amaran Banjir Di Barat Daya England, Manakala Pengendali Perkhidmatan Kereta Api Dan Syarikat Penerbangan Me ...
PM terkilan tidak dapat ke Manchester

  
St Jude, ribut yang melanda selatan Britain semalam, menyebabkan penerbangan Datuk Seri Najib Razak ke Manchester untuk menghadiri program sukarela 1M4U dibatalkan.

Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan kerja di sini untuk menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) ke-9 dijadual berlepas ke Manchester dari Lapangan Terbang Luton.


Seorang pegawai Wisma Putra di sini berkata, Agensi Alam Sekitar Britain mengeluarkan lapan amaran banjir di barat daya England, manakala pengendali perkhidmatan kereta api dan syarikat penerbangan membatalkan perkhidmatan pagi.

Ribut besar St Jude

Ribut St Jude dari Lautan Atlantik melanda Britain seawal pagi semalam dengan jabatan meteorologi meramalkan ribut besar sejak sedekad lalu.

Bagaimanapun, program Perdana Menteri di WIEF di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Excel London, berlangsung mengikut jadual.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di sini, Datuk Seri Zakaria Sulong memaklumkan Najib terkilan kerana tidak dapat menghadiri majlis jamuan teh bersama rakyat Malaysia di Manchester.
Beliau amat berharap lawatan yang agak panjang ke United Kingdom kali ini memberi peluang kepadanya bertemu rakyat Malaysia, terutama pelajar di Manchester.

Perdana Menteri turut terkilan kerana tidak dapat mengambil bahagian dalam program sukarela 1M4U membabitkan acara memasak dan mengedarkan makanan untuk mereka yang memerlukan dan program Rakan Surau di Pusat Islam dan Kebudayaan di Manchester.

Zakaria berkata, ribut yang melanda Britain dan nasihat daripada pihak berkuasa Britain menyebabkan juruterbang pesawat tidak mahu mengambil risiko.

Setakat ini, kira-kira 1,000 pelajar masing-masing di Swansea dan Cardiff di Wales serta Bristol di England, antara kawasan yang dilaporkan terjejas, selamat.

Zakaria berkata, ribut yang menyebabkan banyak kerosakan itu kini berakhir dan bergerak menuju ke Denmark.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissNigga 29-10-2013 07:41 AM
bukan terkilan sebab tak dapat berjumpa student malaysia kat sana...
tapi terkilan sebab melepas nak jenjalan ke manchester
Quote Kassim_Patalon 29-10-2013 07:42 AM
memang suwey dari pulau sewelasi, 26 tahun tak pernah ribut, Najib datang jah ribut gempana teruih
Quote shakirajefrydin 29-10-2013 07:56 AM
1M4U buat apa sampai ke Manchester? Dah xde program kat Msia nak jadi sukarelawan?
Quote ultra78 29-10-2013 07:56 AM
bullshit. pm ke luar negara semata-mata untuk acara memasak dan mengedar makanan?? Bukankah itu kerja pegawai pesuruhjaya tinggi malaysia di sana?
Quote batmana 29-10-2013 08:08 AM
apasal najib tak penah pi negara mongolia?, dh bape juta kali dia pegi UK ni?, balik2 pi UK..

pegila mongolia, bukan malaysia adalah rakan dagangan dgn mongolia ka...
Quote geng_tx 29-10-2013 08:10 AM
Kalau ke london laju je... kalau suh pi tgk jln kat parlimen dia... lambat la nak sampai

Quote sueism 29-10-2013 08:10 AM
tak payah pergi ke Manchester  buat perabih duit aje duk tiam2 kat malaya nie dan minum tea tanpa gula
Quote taji2906 29-10-2013 08:23 AM
dia nak high tea ala2 english style sambil tunjuk kepada rakyat dia mampu minum teh tanpa gula... patut dia hilang terus je dgn ribut tu.... puiiii
Quote annehuda 29-10-2013 08:33 AM
i lg terkilan najib tak diterbangkan sekali dgn ribut tu....
Quote elok12 29-10-2013 08:38 AM
annehuda posted on 29-10-2013 08:33 AM
i lg terkilan najib tak diterbangkan sekali dgn ribut tu....

haha kalau dia ilang kak semah xkan jdik PM kan
Quote gaara_X 29-10-2013 08:38 AM
Dah ketentuanNya.......
Quote gedget81 29-10-2013 08:40 AM
statement masing2 kejam...
Quote AHMADVW 29-10-2013 08:47 AM
shoping sakan akak kita
Quote harimau76 29-10-2013 08:53 AM
kalau buruk sangka ni cacai mmg hebat.... apa salahnya dia nak pi Manchester pun.. dah mmg ramai rakyat Malaysia kat situ.. salah ker kalau nak pi jumpa beramah mesra ngan rakyat sendiri..
Quote k3bar 29-10-2013 08:54 AM
saper yg betul2 frust sbenarnya ni?Najis ke Semah
Quote Kassim_Patalon 29-10-2013 08:56 AM
rakyat sundri dukat Pahang tu simpan dalam pajak gantung ka?
Quote k3bar 29-10-2013 08:56 AM
purata belanja jalan2 makan angin + mengasuh + beli itu tunjuk ni + bayar bodygard RM50k sehari..kira lah kalo 5 hari dok sana
Quote leylapple 29-10-2013 09:07 AM
annehuda posted on 29-10-2013 08:33 AM
i lg terkilan najib tak diterbangkan sekali dgn ribut tu....

sama lah dgn i...

tak penah2 ada ribut kat manchester and london tu, tetiba datang dia bawak suwei...

sebelum nie elok jer cuaca siap ada pertandingan ragatta lagi kat london tu...
Quote shalola 29-10-2013 09:13 AM
harimau76 posted on 29-10-2013 08:53 AM
kalau buruk sangka ni cacai mmg hebat.... apa salahnya dia nak pi Manchester pun.. dah mmg ramai rak ...


Salah tu salah lah jugak sbb tak kena timing. Dia nak ponteng sesi perbahasan pembentangan bajet 2014. Nampak sangat takut nak menjawab. Takyah lah nak jumpa kami rakyat malaysia kat uk ni, x hadap pun. Setakat nak join masak2, pentng sangat berbanding dgn hak rakyat nak tahu kenapa duit rakyat dibelanjakan seperti mana y dibentangkan Nnti bulan 11 kj datang takpelah, dialu alukan. Tak sabar nak join im4u cruise trip dari hull ke netherland. 60 pound je, berbaloi baloi. Last edited by shalola on 29-10-2013 09:16 AM

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.194828 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top