Oleh : Dean BZ
Pembinaan terowong dasar laut boleh digantikan dengan jambatan sekiranya kerajaan persekutuan memberi kelulusan untuk pembinaan jambatan ketiga di negeri ini, kata Kerajaan DAP Pulau Pinang. Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri bersedia menimbang untuk tidak mengenakan tol bagi jambatan ketiga yang menghubungkan persiaran Gurney di bahagian pulau dan Bagan Ajam di seberang, jika kerajaan persekutuan boleh memberikan kelulusan untuk membina jambatan ketiga itu.
"Kos projek pembinaan terowong dasar laut adalah tiga kali ganda lebih mahal daripada jambatan ketiga. "Sekiranya mendapat kelulusan daripada kerajaan pusat, kerajaan negeri akan membina jambatan ketiga dan bersedia menimbang untuk tidak mengenakan sebarang tol kepada pengguna," katanya ketika menggulung ucapan terima kasih ucapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini pada Jumaat Lim bagaimanapun tidak menjawab soalan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid yang meminta penjelasan sama ada kerajaan negeri pimpinan DAP itu telah membuat permohonan daripada kerajaan persekutuan untuk membina jambatan ketiga itu. Laporan Malaymail Online bertarikh 4 Oktober 2013 menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan projek Terowong Dasar Laut (PTDL) dengan kos keseluruhan projek ini yang dianggarkan bernilai RM6.3 bilion dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan pembayaran tunai serta pembiayaan melalui pemindahan 110 ekar tanah pinggir laut di Gurney Drive dengan harga RM1,300 kaki persegi atau nilai keseluruhannya sebanyak RM6.3 bilion kepada pemegang konsesi projek ini. - CARI Infonet. Sumber - AstroAwani
|
10
Bagus |
12
Marah |
14
Terkejut |
4
Sedih |
2
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
hyie replied at 21-5-2016 05:11 PM
lebih baik bina jambatan ke-3, so that bolehla letak lrt sekali...bijak2!
ohnoLia replied at 22-5-2016 02:18 AM
Oooo. Klu terowong bwh laut mmg x boleh lrt eh?
hyie replied at 22-5-2016 12:32 PM
carutsss boleh jah sis...tapi kos lagi tinggi la..
ohnoLia replied at 22-5-2016 01:11 PM
Oooo. Kaean chuol hannanrayyan tu dah x berforum lg ke?
hyie replied at 22-5-2016 01:20 PM
sapa hannanrayyan? u mean hannahmontana mulut puaka?
dizzek replied at 22-5-2016 12:18 AM
Buat terowong la jambatan ketiga la
Padahal jambatan kedua pun baru capai 40 peratus kapasiti
revoc replied at 21-5-2016 09:32 PM
ape psal menggila guang eng ngan bridges???
ADVERTISEMENT