Oleh : Dean BZ Baru-baru ini, tersebarnya sekeping gambar sekumpulan kucing dikatakan diracun di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Jalan Semarak KL. Gambar menyedihkan itu mendapat banyak kritikan dari nitizen dan memohon penjelasan dari pihak universiti tentang perkara sebenar.
Assalamualaikum wrt wbth, Selamat Petang: Saya, Prof Dr Durrishah Idrus, selaku Pengarah Kampus UTM Kuala Lumpur, meminta Tuan-Tuan, Puan-Puan Terhormat berhenti mengviralkan kononnya ada penganiayaan berlaku terhadap kucing- kucing dalam kampus UTMKL sehingga lima ekor kucing mati dalam kampus.
Ingin saya tegaskan, gambar kucing-kucing itu diambil dengan kehadiran Pegawai-Pegawai keselamatan kami, utk tujuan siasatan kami, dan penanaman kucing-kucing itu selepas itu. Apa yg berlaku ialah sekumpulan anjing liar telah berjaya masuk dalam kawasan kampus, kemudiannya berjaya dihalau keluar. Ia berlaku sehari sebelum, iaitu senja ke malam. Bangkai kucing ditanam esoknya, dan memang ada kesan gigitan. Malangnya, ada orang yg ada akses kepada gambar menyebar cerita kucing diracun. Tak pernah berlaku kucing diracun di UTMKL, malah ada ramai pencinta kucing yg memberi/membelikan kucing makanan pun. Perkara ini telah pun selesai disiasat, dan yang menyebar berita salah telah memohon maaf kepada UTMKL / saya secara rasmi. Saya tidak berniat memanjangkan perkara ini, kecuali jika ia berpanjangan memburukkan nama baik UTM. Apabila yg bertanggungjawab menyebar berita palsu kucing diracun telah meminta maaf, kami anggap isu ini selesai. Yang Benar: Profesor Dr Durrishah Idrus Pengarah Kampus UTM Kuala Lumpur. Dengan penjelasan diatas, diharap semua pihak tidak lagi menyebarkan gambar ini kerana akan mencemarkan imej UTM. - CARI Infonet. |
19
Bagus |
20
Marah |
21
Terkejut |
23
Sedih |
24
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mbhcsf replied at 20-5-2016 06:09 AM
penangan media sosial - terus kata diracun walhal kena serang ?
kesian. kesian sungguh.
FARRAZOOL replied at 20-5-2016 06:49 AM
Kesian kat kucing2 tu
encikWawad replied at 19-5-2016 11:49 PM
Elok pulak kucing tu berjemaah mati? Kalau diserang hanjeng harus susupsasap lari - macam takde kes ...
ADVERTISEMENT