|
JAWAPAN:
RASMI:
Assalamualaikum wrt wbth,
Selamat Petang:
Saya, Prof Dr Durrishah Idrus, selaku Pengarah Kampus UTM Kuala Lumpur, meminta Tuan-Tuan, Puan-Puan Terhormat berhenti mengviralkan kononnya ada penganiayaan berlaku terhadap kucing- kucing dalam kampus UTMKL sehingga lima ekor kucing mati dalam kampus.
Ingin saya tegaskan, gambar kucing-kucing itu diambil dengan kehadiran Pegawai-Pegawai keselamatan kami, utk tujuan siasatan kami, dan penanaman kucing-kucing itu selepas itu.
Apa yg berlaku ialah sekumpulan anjing liar telah berjaya masuk dalam kawasan kampus, kemudiannya berjaya dihalau keluar. Ia berlaku sehari sebelum, iaitu senja ke malam. Bangkai kucing ditanam esoknya, dan memang ada kesan gigitan.
Malangnya, ada orang yg ada akses kepada gambar menyebar cerita kucing diracun. Tak pernah berlaku kucing diracun di UTMKL, malah ada ramai pencinta kucing yg memberi/membelikan kucing makanan pun. Perkara ini telah pun selesai disiasat, dan yang menyebar berita salah telah memohon maaf kepada UTMKL / saya secara rasmi. Saya tidak berniat memanjangkan perkara ini, kecuali jika ia berpanjangan memburukkan nama baik UTM. Apabila yg bertanggungjawab menyebar berita palsu kucing diracun telah meminta maaf, kami anggap isu ini selesai.
Yang Benar:
Profesor Dr Durrishah Idrus
Pengarah Kampus
UTM Kuala Lumpur.
https://www.facebook.com/campusdirector/ |
|