Oleh : TS LOO Tidak dapat dinafikan, orang Jepun ni memang kreatif dan berinovasi dalam usaha menghasilkan barangan penggunaan harian yang memudahkan kita semua.
Namun demikian, kadang-kadang terlalu kreatif sehingga idea yang dcadangkan itu amat mengejutkan sehingga boleh dikatakan hilang akal. Baru-baru ini, Kerajaan Jepun sedang mempertimbangkan cadangan untuk menyediakan perkhidmatan tandas awam di dalam lif. Dengar betul-betul buat tandas di dalam lif, ada faham? Mungkin bagi kita rakyat Malaysia beranggapan cadangan itu sungguh tidak waras. Difahamkan, cadangan itu dicetuskan berikutan kejadian gempa bumi yang sering berlaku di negara itu.
Penyediaan tandas di dalam lif adalah untuk membantu orang ramai yang terperangkap semasa kejadian gempa bumi berlaku. Mangsa-mangsa gempa bumi sering terperangkap di dalam lif selama berjam-jam dan juga berhari-hari akibat bencana gempa bumi yang sering berlaku di negara Asia Timur itu. Jepun pernah dilanda gempa bumi sekuat 7.8 magnitud menyebabkan ribuan mangsa terperangkap di dalam lif tanpa kemudahan air dan tandas selama berhari-hari. Bagaimana pun, Cadangan tersebut mungkin sesuai diimplimantasikan di negara Jepun kerana tanggungjawab sivik rakyatnya amat tinggi, mereka mampu memastikan kebersihan tandas itu terpelihara. |
29
Bagus |
33
Marah |
28
Terkejut |
49
Sedih |
34
Lawak |
40
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cLiNiQue^HaPPy replied at 19-5-2016 10:27 AM
oklaa tu hehehehhee
senang nak membeser xdela bersepah
kalau bt kat malaysia pun ok gak
Andyscenes replied at 18-5-2016 11:40 PM
tahi tu maintanence lift yg cuci ke apa? ke nk salor ke mana? haha. if aku confirm refused sbb bau t ...
fazamania replied at 19-5-2016 10:28 PM
Soalan mcm ni ko tanya kat engineer jepon yg mmg dah terkenal dengan Inno - Renno yang top di mata ...
ADVERTISEMENT